`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 19, 2021

‘Port’ dalam ladang sawit, penjawat awam, warga emas antara 24 ditahan dadah

 

Semua suspek warga tempatan itu ditahan dalam serbuan di ladang kelapa sawit di Bentong, Pahang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penjawat awam dan warga emas awam antara 24 individu yang diberkas dalam satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Bentong, Pahang kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, Op Sarang Khas selama dua hari bermula Sabtu di Felda Mempaga itu menahan warga tempatan berusia 27 hingga 62 tahun.

Menurutnya, polis turut merampas dadah jenis heroin dan methamphetamine, masing-masing dianggar seberat 8.95g dan 0.38g.

Semua suspek ditahan di bawah pelbagai Seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, katanya.

“Mereka juga akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.