`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, October 21, 2021

Rayuan kerajaan berhubung kerakyatan lelaki kelahiran Sabah diketahui 10 Nov

 

Wong Kueng Hui dilahirkan pada 2 Januari 1995 di Hospital Keningau, Sabah, menunggu 14 tahun untuk akhirnya diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 10 November ini untuk memutuskan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang telah memberikan kewarganegaraan kepada Wong Kueng Hui, yang dilahirkan 26 tahun lalu di Sabah berbapakan rakyat Sarawak dan ibu yang tidak pasti kerakyatannya.

Perkara itu disahkan oleh peguam Haijan Omar, yang mewakili Wong ketika dihubungi Bernama.

Kes rayuan kerajaan hari ini, didengar panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Azizah Nawawi bersama Che Mohd Ruzima Ghazali dan M Gunalan.

Peguam Kanan Persekutuan Mohd Izhanudin Alias, mewakili kerajaan Malaysia.

Wong dilahirkan pada 2 Januari 1995 di Hospital Keningau, Sabah, dan telah menunggu 14 tahun untuk akhirnya diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Mahkamah Tinggi pada 21 Oktober 2019 mengiktiraf Wong yang dilahirkan di Malaysia sebagai orang bernegara, sebagai warganegara Malaysia berdasarkan Seksyen 1(e) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan – peruntukan, di mana mereka dilahirkan di Malaysia dan tidak dilahirkan sebagai warganegara negara lain berhak di bawah undang-undang untuk kewarganegaraan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan juga mengarahkan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya mengeluarkan sijil kewarganegaraan atau kad pengenalan kepada Wong.

Namun, ketua pengarah JPN, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia pada 31 Oktober 2019, telah mengemukakan rayuan dan telah mendapat penangguhan sementara keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Bapa Wong meninggal ketika dia berusia 10 tahun, sementara ibunya yang bukan warganegara Malaysia meninggal ketika berusia 17 tahun.

Wong sebelum ini pernah memohon dua kali mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan untuk diiktiraf sebagai rakyat Malaysia, tetapi kedua-dua permohonan itu ditolak.

Wong kemudian mengemukakan tuntutan melalui semakan kehakiman pada 20 Jun 2019 untuk mendapatkan beberapa perintah mahkamah, termasuk untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.