PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau individu dikatakan bernikah dengan selebriti terkenal, Erra Fazira.
Faizal yang dikenali sebagai Peja, membuat penafian itu ketika sidang Dewan Negara, hari ini.
“51 tahun hidup, pertama kali dapat soalan begitu,” kata Ahli Parlimen Tambun itu selepas diajukan soalan oleh Senator Razali Idris.
Razali melontarkan soalan itu untuk mendapat kepastian susulan tular di media sosial konon Faizal bernikah dengan Erra, menurut laporan Berita Harian.
“Syabas kerana turun jawab soalan. Hari ini saya ada tiga (soalan). Dalam sehari dua ini di media sosial gegak gempita mengatakan Yang Berhormat Menteri Belia (dan Sukan) berkahwin dengan seorang artis popular tanah air,” soal Razali.
Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim, bagaimanapun tidak membenarkan Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan.
“Ada kena mengena? Ini di luar skop. Itu hal peribadi beliau dan saya tidak benarkan beliau menjawab,” kata Rais.
Razali membalas persoalan yang diajukan itu ada kena mengena kerana membabitkan peribadi Faizal sebagai menteri.
Faizal memberi respons terhadap soalan Razali meskipun speaker melarang soalan dijawab.
“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.
Tular di media sosial sejak petang semalam kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara itu dikatakan sudah berkahwin dengan Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak.
Jawapan Faizal sekali gus merungkai gosip berkenaan yang tular di media sosial. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.