`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 11, 2021

Tak perlu pakai pelitup muka ketika bahas, kata speaker

 

Berdasarkan penilaian risiko, Kementerian Kesihatan berpandangan pelitup muka ketika perbahasan dalam Dewan rakyat dibenarkan untuk dibuka, menurut Azhar Azizan Azizan Harun. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kini diberi kelonggaran untuk membuka pelitup muka ketika berbahas.

Kelonggaran itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun susulan tiada kes Covid-19 direkodkan sepanjang persidangan berlangsung.

“Sepanjang persidangan kita kali ini dengan ujian RT-PCR dijalankan, tiada seorang pun didapati positif dari perkarangan Parlimen sepanjang persidangan ini.

“Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan pelitup muka ketika perbahasan dalam Dewan rakyat dibenarkan untuk dibuka,” katanya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, Ahli Parlimen perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas selesai berucap. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.