`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 14, 2021

Tapi Dia Sendiri Tak Bunuh Diri?

 Dulu ada Menteri parti cap lebai kata jangan sensasi kes seks agamawan:



Hari ini pula timbul satu lagi al kisah geng lebai politik yang tak ada akal.   

Percayalah tuan-tuan, geng lebai ini langsung tidak tahu menangani isu-isu kehidupan harian manusia.  

(Dan percayalah, kalau nak cakap pasal akhirat pun mereka sudah jauh auta). Sila baca berita ini pula :





  • PAS senator claiming Korean dramas to blame for suicides 
  • told Dewan Negara almost every Korean drama incorporated suicide
  • Malaysian teens were too influenced by these shows
  • Many teens who take their own lives .. too influenced by Korean dramas 
  • “When there’s a failure, there’s suicide. Failure, then suicide. 
  • too influenced by Korean dramas?” he asked.

Bandar Kuching MP questioned what Korean dramas he was watching
not addressing the core issue of suicides.
This is oversimplifying issue without addressing the root problem 

netizens described him as “a joke” 
many other factors could drive teenagers to suicide
criticisng the PAS man for failing to highlight these issues.
“Peer pressure, academic pressure, family leading teenage suicide
but you’re not even highlighting these.
@itsclrkhns tweeted: “How to tell you live in a cave.. 


My comments :  Dulu-dulu ada se-ekor k@ldai yang telah mengatakan bahawa menonton wayang Bollywood boleh buat orang Islam "tergelincir".  Memang tak cukup oksigen masuk ke dalam otak k@ldai itu. Sekarang dia sudah mati.  

Saya setuju wayang Bollywood memang untuk penonton yang otak mereka simple aka dangkal juga.  

Kali terakhir saya sendiri menonton wayang Bollywood  adalah filem 'Bobby' pada tahun 1974 (47 tahun dahulu).  Dan bukan saya sendiri pergi menonton filem Bobby itu. Saya dibawa pergi oleh orang lain. Pada masa itu saya bermur 14 tahun sahaja. 

Tetapi tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan menonton filem Bollywood boleh menyebabkan orang Islam tergelincir. Cuma otak orang (tak kira agama apa pun) boleh berkarat. Serupa juga menonton filem Hollywood John Wick yang menunjukkan hero Amerika membunuh sampai 70 atau 80 orang dalam tayangan filem kurang daripada dua jam.  Atau wayang Tamil dengan adegan tumbuk menumbuk tanpa putus, wayang Turki yang menunjukkan orang dipenggal kepala dsbnya. Saya tidak menonton drama tempatan pun sebab memang too stupid dari segala aspek. 

Yang lebih sedihkan ialah Senator parti cap lebai itu tidak tahu mengusulkan penyelesaian yang lebih realistik dan berkesan untuk mengatasi kes remaja bunuh diri. 

Seperti mana disebut oleh YB Bandar Kucing (DAP) kenyataan oleh Senator parti cap lebai itu memang 'oversimplification'.  Ini adalah bahasa yang diplomatik.

Maksud tersirat 'oversimplification' adalah 'bodoh, dangkal, stupid, foolish'.

Senator cap lebai tidak mempunyai bahan atau asas untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang mereka tahu hanyalah untuk menuding jari terhadap orang lain.

Apa yang menjadi sangat nyata ialah di seluruh dunia Islam geng lebai dan ostard telah gagal dalam membentuk masyarakat yang bermaruah, yang berprinsip, yang jujur, yang matang (mature) dan banyak lagi 'dan' lah. 

Di negara kita walaupun anak-anak diajar kelas agama oleh geng lebai dari tadika sampai ke universiti (19 tahun) mereka masih tidak sanggup memberi bimbingan yang betul kepada generasi kita untuk menyelamatkan masyarakat Islam negara ini daripada maksiat, rasuah, rogol, liwat (termasuk oleh guru agama), menghisap dadah, minum air ketum,  kadar cerai-mencerai yang tinggi, kes buang bayi, ibu tunggal dan yang latest pula kes remaja bunuh diri. 

Dalam banyak gejala buruk ini ianya melibatkan masyarakat Islam pada kadar yang jauh melebihi masyarakat bukan Islam.  Contohnya kes bunuh bayi atau kes buang bayi itu sangat identified dengan masyarakat Islam sahaja.  Jarang sekali kita dengar bunuh bayi di kalangan bukan Islam dalam negara kita.  

Tetapi setiap tahun kita membayar gaji dan upah berbilion Ringgit duit rakyat kepada geng lebai dan ostard untuk 'mengajar' agama, 'membela' agama dan entah k-p-la  h-tak apa lagi lah.  Berbillion Ringgit duit rakyat - lepas itu dia menuding jari kepada drama Korea pula.

Kenapa perkara yang sebegitu buruk ini boleh kekal dalam masyarakat kita? Sebab kita jahil dan terlalu meletak kepercayaan kepada geng lebai, terutama sekali geng lebai politik. Mereka menjual agama untuk membeli undi orang. Segala pertuturan mereka adalah untuk memancing undi.

Jika drama Korea boleh dijadikan kontroversi untuk memancing undi maka 'jahatlah' drama Korea. Tambah lagi tidak ada sesiapa pun untuk membela drama Korea. 

Akhir kalam - masalah remaja bunuh diri tidak menemui sebarang penyelesaian daripada geng lebai. Sampai kiamat pun mereka tidak tahu menyelesaikan sebarang masalah.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.