PETALING JAYA: Seorang wanita maut dipercayai akibat diserang buaya di Kampung Serudung Laut dekat Kalabakan, Sabah, hari ini.
Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemui penduduk kampung yang mencarinya pada 8 pagi tadi, selepas beliau dilaporkan hilang di sungai kampung itu sejak semalam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 8.19 malam memaklumkan mangsa diserang buaya.
“Maklumat daripada keluarga diterima. Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan hari ini.
“Mangsa ditemui penduduk kira-kira 300m dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” menurut kenyataan itu.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu ditamatkan 10.27 pagi tadi. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.