`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 25, 2022

Bergaduh kerana pistol angin, 2 beradik ditahan

 

Kedua-dua suspek direman empat hari hingga Ahad ini.

PETALING JAYA: Polis menahan dua beradik susulan pergaduhan yang berpunca daripada pistol angin dalam kejadian di Kampung Terap, Banggu, Kota Bharu semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila si adik menanam pistol angin yang ditemui dalam saku seluar abangnya dalam semak berhampiran rumah mereka.

Tindakan lelaki berusia 38 tahun itu menyebabkan abangnya berang, sebelum pergaduhan tercetus antara dua beradik tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata maklumat awal mendapati lelaki itu menemui pistol angin berkenaan dalam poket seluar abangnya yang berusia 44 tahun sebelum menyembunyikannya.

Beliau berkata, si abang bertanyakan adiknya selepas menyedari pistol angin yang disimpannya itu hilang.

“Pergaduhan itu menyebabkan abangnya mengalami calar di badan dan kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Adik lelakinya itu memberitahu punca sebenar pergaduhan mereka sebelum membawa pihak polis ke lokasi dia menanam pistol angin itu pada 1.15 tengah hari semalam.

“Daripada keterangan awal, abangnya memberitahu pistol itu ditemui dalam sebuah tong sampah dan menyimpannya, sebelum dijumpai adiknya yang bertindak menyembunyikan senjata itu kerana bimbang disalah gunakan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 27 Feb ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.