`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 27, 2022

Syarat dos penggalak solat Jumaat ditetap JAIS, tak terpakai di negeri lain, kata JAKIM

 

JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan syarat lengkap dua dos dan penggalak untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di Selangor ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri berkenaan.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Yusoff berkata syarat berkenaan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri itu dan SOP solat berjemaah di negeri lain masih seperti biasa, iaitu lengkap dua dos.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan perkara berkenaan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

“Sukacita ingin dimaklumkan bahawa syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

“SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan negeri Selangor melalui surat pekeliling Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Feb menetapkan syarat vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat.

Sejak beberapa hari lalu tular beberapa rakaman video menunjukkan jemaah tidak berpuas hati kerana dilarang menunaikan solat Jumaat selepas didapati tidak lengkap dos penggalak.

Mengulas lanjut, Hakimah berkata, JAKIM menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Ia bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahah dalam mengawal penularan wabak Covid-19 mencapai matlamat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.