`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 28, 2022

Salji turun di puncak Kinabalu

 

Kawasan puncak Gunung Kinabalu di Ranau dituruni salji, pagi tadi.

RANAU: Gunung Kinabalu mengalami fenomena luar biasa apabila kawasan puncaknya dituruni salji pagi tadi sehingga video rakamannya turut menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira dua minit bermula 6.20 pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid, kawasan yang dituruni salji berlaku di sekitar Sayat-Sayat, iaitu di kilometer 7 hingga ke puncak gunung berkenaan.

“Keadaan cuaca di kawasan gunung pagi ini sejuk sedikit berbanding biasa. Berdasarkan rekod suhu, ia sekitar 6.9 hingga 12.3 darjah Celcius dari jam 2 hingga 10 pagi. Tahap kelembapan pula ialah 52 hingga 62%.

“Kejadian ini sedikit luar biasa kerana kelazimannya hanya berlaku hujan ais atau pembekuan di sekitar puncak. Apa yang dilihat pagi ini ialah ia benar-benar salji,” katanya kepada FMT.

Justinus berkata, mengikut rekod sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku pada 1975 dan 1993. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.