`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 28, 2022

Agong rasmi mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-14 hari ini

 

Sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat yang kembali bersidang selepas melabuhkan tirai pada 20 Dis lepas merupakan sidang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Sultan Abdullah dan berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac.

Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac.

Bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di bangunan Parlimen, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi persidangan Parlimen kekal seperti sebelum ini.

Antaranya, Ahli Parlimen dan petugas perlu menjalani ujian saringan tindak balas rantai polimerase masa nyata (RT-PCR) tiga hari sebelum persidangan berlangsung serta penghadang lut sinar terus dipasang di tempat Ahli Parlimen sebagai langkah menetapkan penjarakan fizikal.

Selain itu, Azhar pada Sabtu (26 Feb) memaklumkan 146 kes positif dikesan hasil ujian saringan RT-PCR yang dijalankan dua hari bermula Khamis (24 Feb) di bangunan Parlimen melibatkan 1,474 individu terdiri daripada Ahli Parlimen, petugas dan wakil media. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.