`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 27, 2022

Lori misi bantuan banjir dinaiki ADUN Ajil terbalik dihanyut arus deras

 

Kenderaan yang turut dinaiki 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikatakan terbalik selepas dihanyutkan arus deras, sebaik tiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak, Kuala Berang, Terengganu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim, terselamat daripada dihanyutkan arus apabila lori dinaikinya terbalik setiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak, Kuala Berang, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Maliaman yang dalam misi menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Hulu Berang menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM), bagaimanapun beliau hanya cedera ringan.

Maliaman yang cedera pada kaki diselamatkan bot penyelamat, sejurus kejadian sebelum dibawa ke kawasan selamat.

Menurut laporan Berita Harian, kenderaan yang turut dinaiki 13 anggota APM dikatakan terbalik selepas dihanyutkan arus deras, sebaik tiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak.

Menerusi laman sosial Facebook rasmi ADUN berkenaan, beliau melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada penyelamat yang datang menghulurkan bantuan.

“Allah masih panjangkan usia kami. Saya bersama 13 anggota JPAM dalam misi menghantar keperluan makanan kepada mangsa di sekitar Hulu Berang.

“Nasib tidak menyebelahi kami kerana kenderaan logistik JPAM dibawa arus yang cukup deras berhampiran Sungai Kg Lebak,” katanya.

Katanya, keperluan makanan dan pakaian yang dibawa untuk misi bantuan hanyut dibawa arus deras, selain kenderaan logistik itu juga gagal diselamatkan.

“Saya mohon maaf kerana gagal menghantar keperluan barangan untuk mangsa banjir tadi. Jutaan terima kasih kepada penyelamat yang datang memberi bantuan kepada team kami,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.