`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 28, 2022

Pilihan raya Filipina semakin hampir, Hajiji gesa keselamatan ditingkat di Sabah

 

Pilihan raya Filipina dijadualkan berlangsung 9 Mei ini, oleh itu pemantauan rapi diperlukan di Sabah, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengarahkan polis meningkatkan pengawasan keselamatan negeri menjelang pilihan raya Presiden di negara jiran, Filipina.

Katanya, beliau mahu polis memantau keadaan dengan lebih rapi, memandangkan isu mengenai tuntutan ke atas Sabah sering menjadi topik hangat calon-calon Presiden negara itu menjelang pilihan raya bagi meraih sokongan pengundi.

“Bahang pilihan raya Filipina yang dijadualkan berlangsung 9 Mei ini perlu dipantau rapi oleh polis, terutama dari Cawangan Khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau melawat Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di Kepayan, di sini. Beliau turut diiringi Setiausaha Persekutuan Sabah, Sarul Bahiyah Abu serta Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah.

Hajiji berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan tahap keselamatan negeri itu.

“Berdasarkan taklimat Idris Abdullah dan pegawai-pegawainya, saya gembira mendengar keselamatan kita berada di tahap terbaik dengan kecekapan pasukan polis,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.