`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 16, 2022

Dasar Ekonomi Bunuh Diri Lagi : EPU Letak Syarat 30% Saham Bumiputera, Pelabur Fed Up Batal Projek. Hooray! Syabas! Pak Menteri Peduli Apa?

 Mula ini sedikit beritanya:


https://www.theedgemarkets.com/article/supermax-aborts-plan-acquire-rm73m-land-s-p-setia#.YgoHUJjLSYs.facebook

  • KL (Feb 14): Glove mfr Supermax aborts acquiring 2 pieces land in S'gor 
  • for RM73.49m cash to build HQ for Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd.
  • follows failure to obtain approval from EPU to waive 30% Bumi equity condition
  • Sept 21, 2020, Supermax entered SPA to acquire 4.962 acres in Bukit Raja
  • subject to EPU's approval to meet 30% Bumiputera equity 
  • May 24, 2021, Maxter appeal to waive EPU condition
  • Dec 15, 2021 appeal rejected by EPU
  • so Maxter terminate SPA
  • termination no material effect on group's earnings  said Supermax.


My comments :

Syarikat Supermax ini adalah pembuat 'glove manufacturer' (sarung tangan getah) yang agak successful juga. Mereka mempunyai lebih 1,000 pekerja dan jualan tahunan mereka kurang lebih RM1.0 BILLION. 

Jadi tahniah diucapkan kepada syarikat anak watan Malaysia yang berjaya menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan dan menyumbang lebih RM1.0 Billion jualan tahunan   kepada ekonomi negara.

Malangnya apa yang sedang berlaku ialah sejak Covid ini syarikat glove manufacturer dijadikan mangsa - atas sebab tak tentu pasal. 

Covid itu bukan salah mereka. Covid itu bukan ciptaan mereka. Seluruh negara dan seluruh dunia sepatutnya berterima kasih kepada syarikat glove manufacturer yang telah mampu menambahkan pengeluaran rubber gloves yang pastinya telah membantu umat manusia kawal virus Covid daripada merebak. Sebab para doktor, nurse dan pekerja kesihatan perlu memakai rubber gloves untuk memeriksa dan merawat pesakit. Doktor di hospital memerlukan bekalan rubber gloves yang berlipat kali ganda (daripada biasa) untuk melawan pandemik Covid.

Jadi tunjuklah sedikit terima kasih kepada rubber glove manufacturer yang memainkan peranan yang sangat besar dalam banteras virus Covid daripada merebak merata. Cuba bayangkan kalau tidak ada rubber glove manufacturer dalam negara kita. Tentu sekali virus Covid akan berjangkit dengan lebih mudah dan akan menyebabkan ramai orang lagi terkorban.   Kita juga akan terpaksa rugi besar mengimpot rubber gloves daripada luar negara pula. Tetapi oleh kerana kita mempunyai pengusaha rubber gloves kita sendiri seperti Top Glove, Supermax dan lain-lain maka negara kita yang mampu membantu lawan jangkitan Covid di seluruh dunia. 

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku ialah first ada YB muda buat cadangan kuda liar bahawa syarikat glove manufacturer dikenakan cukai yang lebih 'sebab mereka untung besar'.  Saya ada sedikit soalan lah : Habis esok bila Covid sudah tiada atau sangat kurang apakah kita akan beri diskaun daripada bayar cukai khas untuk syarikat glove manufacturer? Mesti adil lah brader. When business is good kita denda mereka. Jadi when bbusiness is not so good kita bagi diskaun bayar cukai lah. 

Yang latest pula al kisah syarikat Supermax yang ingin M E N A M B A H K A N pelaburan dalam negara kita. Mereka ingin beli sekeping tanah hampir 5 ekar untuk buat bangunan headquarters. Nilai tanah itu RM73 Juta. Saya yakin kos bangunan yang bakal dibina puna sekurangnya RM50 Juta atau lebih. Jadi kos projek keseluruhannya mungkin melebihi RM120 Juta. 

Maybe RM120 MILLION worth of new investments in the economy.

Bangunan HQ yang baru itu tentu akan memberi peluang pekerjan baru juga. Maksudnya ekonomi dan negara akan untung. 

Tetapi apa yang berlaku? Dato Seri Awang Dogoi yang pegang kuasa di EPU letak syarat saham bumiputera 30% pula. 

Bila glove manufacturer sudah kaya, depa nak ambil 30% saham pula. Lembu punya susu orang lain mahu sapu saham dia.

Soalan cepumas : Tuan-Tuan yang haprak dapat tak tawaran beli 30% saham dalam syarikat Supermax glove manufacturer ini? Ada tak sesiapa tuan-tuan terima panggilan daripada sesiapa pun untuk beli 30% saham itu? 

"Hello, assalamualaikum Tuan Haji. Tuan Haji setuju tak beli 30% saham (atau 1% pun lah) dalam syarikat Cina yang sudah kaya raya ini?"

Tuan-tuan yang haprak jangan mimpi lah. You are just stupid people. Orang yang layak diperbodohkan sahaja. 

Yang akan beli saham 30% itu adalah orang kaya. Kumpulan elit sahaja. Atau syarikat GLC. Dan percayalah, mereka akan mengambil dana daripada duit rakyat. Duit kita jua. Jika syarikat GLC beli saham 30% percayalah gaji CEO-nya mesti berjuta-juta. bonus pun juta-juta. Dengan guna duit rakyat. Usaha pula syarikat Cina punya kilang. 

Itulah sistem ekonomi kita. Orang kaya dan elit jadi kaya. Tuan-Tuan yang haprak dapat apa?

Tetapi sedihnya syarikat Cina itu sekarang sudah batalkan projek beli tanah untuk buat bangunan HQ baru itu. Depa pun sudah fed-up. 

Depa kerja keras dan sungguh-sungguh membina dan memajukan perniagaan mereka. Apabila sudah berjaya orang lain pula datang dan paksa mereka jual 30% saham syarikat mereka. Banyak cantik.

So depa batal projek. Jadi bangunan baru tak jadi, peluang pekerjaan baru pun tak jadi. Penambahan kepada ekonomi negara pun tak jadi.

Sekarang anak-anak muda (termasuk beribu unemployed university graduates) yang boleh hantar Food Delivery ke bangunan HQ yang baru itu pun tak jadi.  

Tuan-Tuan yang saya hormati, sekarang kita ambil sedikit pelajaran 'ekonomi' daripada Al Quran Kareem, Kitab Allah swt. Sila lihat Surah 83 (Al Muthaffifeen) ayat 1 - 5. Ini dia:


Kecelakaan besar bagi orang yang curang dalam timbang-menimbang. Ia itu orang yang ambil lebih dan beri yang sikit. Contohnya orang yang tak buat usaha apa pun tetapi depa nak sapu 30% saham syarikat orang lain secara "paksa'. (Itu pun kaum elit yang kaya-kaya lah, bukan Tuan-Tuan yang tak cukup duit bayar bulanan instalment kereta pun).

Ayat ini sebenarnya mempunyai banyak prinsip ekonomi yang tinggi (high economic principles). Kita bukan 'tidak boleh curang' dalam timbang menimbang sebab Al Quran suruh kita begitu.

It is the other way around. Al Quran suruh kita jangan curang dalam timbang-menimbang sebab memang itu adalah perbuatan yang salah dan yang tidak baik yang akan membawa padah dan kesengsaraan dalam ekonomi sesuatu masyarakat.

Contohnya EPU suruh syarikat Cina itu jual 30% saham kepada bumiputera. Syarikat Cina itu fed up dan batal sekali projek beli tanah RM73 Juta dan seterusnya batal juga projek membina bangunan headquarters yang mesti berpuluh-puluh atau ratus Juta Ringgit nilainya. 

All this hundreds of millions of investments tak jadi. 

Tuan-tuan syarikat Cina itu tak rugi pun. Duit RM73 Juta itu dia simpan saja lah dalam bank. Dia jadi lagi kaya - ada RM73 Juta wang tunai dalam bank. 

Kita pula yang rugi. Peluang bagi anak kita bekerja di headquarters baru sudah tiada. Peluang orang tempatan buka kantin, jadi pengusaha bas, lori, supplier kertas fotostat, alat tulis, semuanya sekarang tak jadi.

Apa maksudnya? Maksudnya kita bunuh diri lah. 

Percayalah bilangan pengangguran dalam negara kita melebihi sejuta orang. Lepas itu orang yang bekerja pula termasuk orang yang kerja part time, dapat separuh gaji, kerja gig ekonomi Food Delivery dan Parcel Delivery (berpuluhan ribu), kerja gaji harian (daily wages) dan begitu. Ini bukan keadaan ekonomi yang sihat.

Tetapi apabila ada orang yang tahu niaga, yang sudah proven berjaya berniaga, yang tahu menyediakan beribu peluang pekerjaan mahu menambah pelaburan beratus juta Ringgit dalam ekonomi negara mereka disekat pula - diperintah ikut syarat saham bumipitera 30%, dipaksa bayar cukai tambahan "excess profits tax" dsbnya.

Tuan-Tuan pernah tanya tak dari mana datangnya syarat 'saham bumiputera 30%' itu?

Sila baca tajuk berita berikut (berita lama).



Inilah Tun daim Zainuddin - bekas Menteri Kewangan kita. Tuan Daim kata dia pun tak tahu dari mana datangnya syarat saham bumiputera 30% itu. 

"No scientific rationale behing NEP's 30% bumi target". 

"Not sure how 30% NEP quota came up."

Ini bukan saya cakap tau. Jangan marah saya. Tun Daim yang cakap. 

Takpelah. Sambil kita berbahas, berdebat, berbincang, bertekak, bertikam dan tunjuk penumbuk, kita bunuh diri dulu-lah. 

Anak-anak kita boleh Food Delivery ke tempat lain.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.