`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 9, 2022

Disyaki seleweng hampir RM70,000 duit peneroka, penyelia FELDA direman

 

Lelaki berusia 36 tahun itu disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit sebanyak RM69,137.32 bagi Sep 2020 untuk dirinya sedangkan wang terbabit perlu dibayar kepada peneroka di Jelebu.

PETALING JAYA: Penyelia sebuah tanah rancangan FELDA di Negeri Sembilan direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki menggunakan wang bayaran kelapa sawit hampir RM70,000 yang sepatutnya dibayar kepada peneroka untuk dirinya.

Majistret Mohd Firdaus Saleh mengeluarkan perintah reman hingga 15 Feb selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Menurut laporan Berita Harian, suspek ditahan di sebuah pejabat FELDA di Bandar Sri Jempol 2 petang semalam.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira 9.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM.

Menurut fakta kes, lelaki berusia 36 tahun yang bertugas sebagai pegawai pembayar di sebuah tanah rancangan FELDA itu disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan bayaran hasil kelapa sawit sebanyak RM69,137.32 bagi Sep 2020 untuk dirinya sedangkan wang terbabit perlu dibayar kepada peneroka di Jelebu.

Kesalahan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.