`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 19, 2022

Kenapa nak kerusi bandar saja, takut pengundi Melayu, Pemuda PKR soal MUDA

 

R Yuneswaran (kiri) mempersoalkan tindakan MUDA yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) yang menolak tiga kerusi ditawarkan PKR dalam PRN Johor.

PETALING JAYA: Pemuda PKR Johor mempertikai tindakan MUDA yang memilih bertanding dalam kawasan bandar dan menolak tawaran PKR yang dilihat seolah-olah takut meletakkan calonnya di kawasan majoriti pengundi Melayu.

Ketuanya R Yuneswaran berkata, PKR Johor sebelum ini membuka ruang luas kepada MUDA dalam membuat rundingan dua hala pilihan raya negeri (PRN) Johor, namun gagal mencapai kata sepakat.

“Dalam perbincangan yang diadakan bersama MUDA, parti telah menawarkan tiga kerusi kepada mereka namun mereka tolak ketiga-tiga kerusi dan sebaliknya minta tiga kerusi yang lain.

“Adakah MUDA hanya mewakili suara rakyat bandar sahaja? Bagaimana pula kawasan luar bandar? Kenapa MUDA tidak mahu bertanding di kawasan yang mempunyai pengundi Melayu melebihi 78%? Apakah mereka takut pengundi Melayu akan tolak mereka dalam PRN Johor?” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam dilapor mengumumkan rundingan pengagihan kerusi dengan PKR tamat tanpa persetujuan susulan langkah parti itu mengumumkan 20 calonnya secara bersendirian.

Ahli Parlimen Muar itu juga membayangkan kemungkinan berlakunya risiko pertindihan kerusi di Johor antara dua parti itu.

Bagaimanapun Syed Saddiq berkata, MUDA sudah memaklumkan kepada DAP dan Amanah supaya mengelakkan sebarang pertindihan kerusi MUDA-PKR dan pada masa sama terbuka untuk meneruskan rundingan dengan PKR bagi mencapai kata sepakat.

Tambah Yuneswaran, sekiranya parti MUDA mengangkat atau mewakili suara dan aspirasi rakyat, maka parti itu harus membuktikan mereka mempunyai sokongan di semua kawasan termasuk dari pelbagai latar masyarakat khususnya di luar bandar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.