`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 18, 2022

Kes Sapura Energy. Apakah Duit Pelabur ASB Akan Di Gunakan Untuk 'Beri Nyawa' Sapura?

 


Sila lihat video YouTube berikut oleh 'Frankie Asks Questions' atau FAQ :  

https://youtu.be/GhENpcaJw3o

Frankie ceritakan dengan ringkas dan mudah difaham berkenaan syarikat gergasi Sapura Energy yang mengalami "cabaran hidup" yang pelbagai.

Cerita pendeknya begini : PNB menjadi pemegang saham terbesar dalam Sapura dengan pegangan saham 40%.  40% saham itu telah dibeli oleh PNB dengan menggunakan wang pelabur sebanyak RM2.7 Billion.

Nilai pelaburan PNB sebanyak RM2.7 Bilion itu sekarang sudah merosot hampir 90%. Maksudnya hanya tinggal sekitar 10% daripada nilai asal pelaburan mereka.

Sapura tanggung hutang lebih RM10.3 BILLION. (Frankie pula kata RM11 billion). Kebanyakan hutang ini adalah hutang jangka pendek atau short term debt juga. 

Tetapi simpanan cash reserve Sapura pula sekitar RM700 Juta.   

Jadi soalan yang obvious ialah bagaimanakah Sapura akan bayar hutang lebih RM10.3 Billion itu?

Soalan obvious yang kedua ialah siapakah bank-bank Malaysia yang menjadi peminjam kepada Sapura Energy? Apakah risiko yang dihadapi oleh bank-bank tempatan yang telah meminjam duit kepada Sapura Energy? Is their money at risk?

Dan soalan cepumas yang akhir sekali ialah apakah tindakan yang bakal diambil oleh PNB untuk selamatkan pelaburan mereka dalam syarikat Sapura?

Apakah PNB akan 'melaburkan' lagi banyak dana kepunyaan pelabur ASB dalam syarikat Sapura Energy?

Ataupun PNB serah saja kepada takdir dan kuasa alam untuk menentukan nasib? 

Mari kita tengok lah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.