`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 7, 2022

Lelaki parah selepas kaki dibaham buaya

 

Mangsa cedera parah di kaki kiri akibat digigit buaya.

TUARAN: Seorang lelaki parah selepas diserang buaya ketika mencari lokan di Sungai Giling, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa dalam lingkungan 40-an itu dikatakan terpijak reptilia itu sebelum kaki kirinya dibaham.

Sumber berkata, mangsa berjaya melepaskan diri selepas bertarung beberapa minit dengan buaya itu.

Akibat kejadian itu, katanya, mangsa cedera parah di kaki dan dikejarkan ke Hospital Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mangsa yang sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuaran, kini dalam keadaan stabil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.