`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 12, 2022

Mayat ditemui terapung di jeti

 

Orang awam memaklumkan mayat lelaki berbaju dan seluar hitam berada dalam keadaan terapung di kawasan laut jeti berkenaan, kata polis.

PETALING JAYA: Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui orang awam di Jeti Lama Maritim Cherang Ruku, Pasir Puteh, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Ediansha Endal, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 10.25 pagi.

Beliau berkata, orang awam memaklumkan mayat lelaki berbaju dan seluar hitam berada dalam keadaan terapung di kawasan laut jeti berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada mangsa.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat identiti mangsa dan maklumat lanjut. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.