`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 18, 2022

Mufti P Pinang mohon maaf atas komen berkait isu pengislaman anak Loh

 

Kebebasan seseorang memilih agama untuk dianuti mesti dihormati sebagai hak mutlak setiap individu, menurut Wan Salim Wan Mohd Noor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor memohon maaf sekiranya komen yang dibuatnya sebelum ini berhubung isu pengislaman tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong ditafsirkan sebagai menyebelahi satu pihak sahaja.

Beliau berkata, selepas mendengar dan mengikuti penjelasan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, beliau memahami perkara sebenar yang berlaku dalam isu berkenaan.

“Kerana itu saya mohon maaf sekiranya beberapa komen yang saya buat sebelum ini tentang isu berkenaan boleh ditafsirkan sebagai menyebelahi ibu kanak-kanak tersebut,” katanya kepada FMT.

Wan Salim bagaimanapun menegaskan kebebasan seseorang untuk memilih agama untuk dianuti mesti dihormati sebagai hak mutlak setiap individu.

“Sebenarnya sikap saya selama-lamanya adalah kebebasan seseorang untuk memilih agama untuk dianuti mesti dihormati sebagai hak mutlak setiap individu. Saya juga membantah tindakan ekstrim mana-mana pihak sehingga mengancam kebebasan beragama di mana-mana jua.

“Biarlah seseorang memilih agama yang dikehendakinya tanpa diganggu kerana itu adalah hak setiap individu yang dijamin oleh perlembagaan negara kita dan direstui oleh agama Islam yang agung, unggul dan anggun,” katanya.

Semalam, Asri menerusi siaran langsung di Facebook dilaporkan berkata, pengislaman tiga anak Loh sah bawah undang-undang negeri Perlis dan ia tidak boleh dipertikaikan.

Asri berkata, bawah Enakmen Islam Perlis, sama ada bapa, ibu atau penjaga boleh mengislamkan anak di bawah umur.

Terdahulu, FMT melaporkan Wan Salim berkata pihak berkuasa boleh mengarahkan ulama dan mufti menyemak fatwa sedia ada berhubung kebebasan memilih agama, susulan kes Jabatan Agama Islam Perlis mendaftarkan tiga kanak-kanak sebagai Islam tanpa kehadiran ibu mereka.

Katanya, beliau ambil maklum ada desakan sesetengah pihak supaya had umur untuk memilih agama ditingkatkan lagi sehingga seseorang mencapai usia baligh, dan “lain-lain pandangan lagi”.

Ketika ini, tiga anak Loh itu dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Perlis, sementara menunggu permohonan habeas corpus yang difailkan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar Isnin depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.