`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 7, 2022

PKPD di Taman Rimba, Pahang mulai hari ini hingga 20 Feb

 

Taman Rimba, Mentakab di Temerloh, Pahang akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai hari ini hingga 20 Feb.

KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Taman Rimba, Mentakab di Temerloh, Pahang mulai hari ini hingga 20 Feb.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad dalam kenyataan semalam memaklumkan pelaksanaan PKPD di lokaliti itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, beliau turut memaklumkan PKPD di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah di Rompin, Pahang akan ditamatkan hari ini seperti dijadualkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.