Beberapa hari sudah saya melawat seorang jiran niaga bernama Chico yang menjadi boss Restoran Riang-Riang di Pantai Dalam. (My neighbour).
Bersama Chico pada hari itu adalah sahabatnya sdra Jowe Almeida (yang pernah bertugas sebagai Pegawai Khas di Parlimen Malaysia).
Kedua Chico dan Jowe masih muda dan sering membaca blog saya. Jadi kami pun sempat bincang keadaan semasa politik dan ekonomi negara.
Yang nyata ialah hampir semua penduduk negara, terutama sekali rakyat biasa, merasai pelbagai kepincangan hidup. Yang latest ialah kisah beribu restoran terpaksa tutup sebab orang politik main politik dengan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di restoran. Mereka monopolikan Permit Pekerja Asing kepada kumpulan orang kaya yang sikit.
Mengikut pengusaha restoran, penutupan beribu restoran akan memberi kesan yang sangat negatif kepada pelbagai supplier dan pembekal barang keperluan restoran seperti pembekal ayam, ikan, sayur, telur, pembekal ais, bekas makanan dan banyak lagi. Semua pembekal itu juga akan kehilangan mata pencarian mereka. Maka 'domino effect' daripada penutupan beribu restoran sangat merugikan ekonomi negara.
Mengikut pengusaha restoran sebab utama mereka terpaksa tutup kedai ialah kekurangan kronik pekerja asing yang diperlukan mereka. Kerja restoran itu termasuk pekerjaan DDD (tiga D) yang bermaksud 'dirty, dangerous, difficult' yang tidak diminati budak-budak kita di Malaysia. Hanya Pekerja Asing yang minat pekerjaan DDD di restoran kita.
Tambah lagi bekerja di restoran lazimnya adalah pekerjaan Gaji Minima sahaja. Jika gaji pekerja restoran terpaksa dinaikkan melebihi Gaji Minima - maka harga makanan yang dijual pun akan lebih mahal dan rakyat marhaen tidak akan mampu makanan biasa di restoran seperti mee goreng, nasi campur, roti canai atau pun teh tarik. Harga semua makanan yang di jual di restoran akan menjadi mahal. The restaurant business has to be a minimum wages business.
Tetapi baru ini telah tular video Tiktok menunjukkan seorang Menteri sedang menari pada Thaipusam. Video itu menuduh Menteri itu terlibat cartel permit Pekerja Asing. Menurut video itu setiap permit bagi pekerja Bangladesh (contohnya) bernilai sehingga RM20,000. Memandangkan bahawa berpuluhan ribu pekerja Bangladesh diperlukan setiap tahun maka sesiapa yang dapat permit Pekerja Asing untuk Bangladesh boleh lah menari daripada pagi sampai malam.
Yang berikut ini pula satu lagi video yang viral yang saya terima daripada seorang sahabat senior yang menjadi ahli Civil Service WhatsApp group.
Wanita ini petah berhujah dan tepat sekali dia menghuraikan keadaan kesemua pemimpin dalam negara kita yang ada sekarang ini.
Menteri, pemimpin, semua ahli politik dan geng lebai bukan saja lebih mementingkan kedudukan mereka sendiri tetapi yang lebih merisaukan kita ialah mereka semua tidak tahu-menahu, tidak faham dan tidak ambil peduli apa yang perlu dilakukan untuk mentadbir negara dengan cara apa pun.
Geng lebai baru ini berkata kita tidak patut menggunakan istilah omputih 'Rest in Peace' atau RIP sebab ianya boleh menggugat 'akidah'. Saya cadangkan kita ganti 'Rest in Peace' itu dengan 'Rest in Pieces' sajalah, sesuai dengan perangai puak-puak ekstremis agama.
Pokoknya mereka langsung tidak mempunyai idea atau cadangan yang boleh membantu rakyat negara mengatasi pelbagai masalah hidup. Mereka membuang masa ungkitkan perkara remeh yang bukan menjadi masalah pun. Mereka ketandusan idea dan pemikiran waras.
Inilah beban dan malapetaka besar yang menimpa negara kita - ketandusan idea dan kekosongan pemikiran waras Menteri, pemimpin, ahli politik dan puak lebai.
Dan mereka kuat membohong. Jangan lupa janji seorang lebai yang telah "melawat" ke Turki kononnya untuk menarik pelaburan 'berbillion Ringgit' dari negara itu. Sampai hari ini tidak ada satu sen pun pelaburan dari Turki yang masuk negara kita. Mereka kuat membohong.
Perkara yang lebih mudah sekarang yang boleh membantu ekonomi negara kita ialah batalkan monopoli Permit Pekerja Asing yang dikemut oleh kumpulan elit yang sikit sahaja.
Pengambilan Pekerja Asing perlu dimudahkan untuk membolehkan pengusaha restoran hidup kembali. Kos mengambil pekerja asing itu sepatutnya hanya tambang tiket, pemeriksaan kesihatan dan sedikit kos pengurusan pengambilan. Bukanlah sampai RM10,000 atau RM20,000 seorang. Itu adalah Skim Cepat Kaya untuk orang yang sikit yang merugikan orang yang ramai.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.