`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 31, 2022

APA MAKSUDNYA KHURAFAT : TAFSIRAN CERITA LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

 Saya telah menerima coretan berikut menerusi WhatsApp.

Samada ia adalah mencerita semula atau ulasan cerita Si Luncai. Nama penulis disebut sebagai M Jasman. Inilah ceritanya diikuti sedikit ulasan saya sendiri: 

Ceritanya bermula:

Saya amat tertarik dan tertanya kenapa "Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya" dipilih Jabatan Agama Islam Selangor menjadi tajuk khutbah Jumaat 27 Mei 2022 bersamaan 26 Syawal 1443.

Isi kandungannya adalah tentang ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan akidah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, tanpa menyentuh kisah Luncai yang dapat menyelamatkan diri daripada hukuman bunuh setelah dibiarkan terjun dengan labu-labunya.

Si Luncai yang miskin dan dipandang hina telah mengeluarkan kata2 celupar menyamakan wajah Raja mirip wajah arwah bapanya.

(OSTB: Bagaimanakah pula perbandingan dengan wajah arwah bapa sendiri boleh jadi celupar?  Bukan semua Raja hodoh dan bukan semua bapa hensem.)

Raja yang zalim amat murka, terasa dipersendakan dan Si Luncai di hukum bunuh secara dicampakkan di tengah laut.

Dua orang pengawal istana yang diperintah melaksanakan hukuman kehairanan melihat Si Luncai beria-ia menangis sambil membelai-belai labu airnya lalu bertanya, “Kenapa kamu menangis dan memeluk labu ini?” Si Luncai pun menjawab, “Hamba terkenangkan arwah bapa hamba, bukankah hamba akan berjumpanya sebentar lagi.”

Kedua-dua pengawal berasa kasihan, membenarkan Si Luncai membawa labu itu bersama dalam sampan menuju ke tengah laut.

Sewaktu mereka sedang mengayuh, Si Luncai memulakan strategi untuk menyelamatkan diri. Dia berkata, “Sebelum hamba mati, bolehkah tuan hamba berdua menunaikan hajat hamba?” Seorang daripada pengawal itu menjawab, “Boleh jika hajat itu tidak berat.”

Si Luncai gembira seraya berkata, “Memang tidak berat. Tuan hamba berdua hanya perlu menyanyi satu lagu untuk hamba.” “Lagu apa?” tanya kedua-dua pengawal itu. “Mudah sahaja, pengawal yang duduk di belakang hamba hendaklah mengulang kata yang begini, "Si Luncai terjun dengan labu-labunya". Manakala tuan hamba yang di hadapan pula membalas, "Biarkan, biarkan … .”

“Baiklah,” jawab kedua-dua pengawal itu tanpa mengesyaki apa-apa. Mereka pun sama-sama menyanyi.  Helah tersebut membolehkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya berenang menyelamatkan diri.

Kedua pengawal yang gagal menjalankan hukuman ke atas Si Luncai pulang tanpa memberitahu raja hal sebenarnya bimbang, mereka pula akan dihukum.

Si Luncai yang dapat menyelamatkan diri menyimpan dendam sangat mendalam kepada raja yang zalim dan angkuh itu.

Setelah beberapa hari lamanya, Si Luncai mendapat idea.

Pada hari yang terpilih, Si Luncai mengenakan baju serba putih lengkap dengan serban, Imej orang alim lagi warak dengan beraninya pergi ke istana raja.

Melihat Si Luncai datang, terkejutlah seisi istana, kerana tidak menyangka yang Si Luncai ‘hidup’ kembali. Raja pun keluar dan terjadilah pertemuan baginda dengan Si Luncai buat kali kedua.

“Apa yang terjadi kepada kamu?” tanya baginda. “Alhamdulillah, patik sekarang telah insaf … patik akan menjadi orang alim. Patik tidak perlukan apa-apa lagi dalam hidup ini.” “Apa yang terjadi kepada kamu?” “Patik telah sampai ke alam arwah dan bertemu dengan arwah-arwah orang yang telah mati … termasuk arwah ayah patik dan almarhum ayahanda tuanku.” “Almarhum ayahanda beta? Bagaimana gerangannya di sana?”

“Ampun, tuanku. Almarhum sangat dukacita kerana perbuatan tuanku.”

“Apa yang beta lakukan?” “Entahlah, almarhum cuma berdiam diri. Katanya baginda ingin bertemu sendiri dengan tuanku untuk memberi nasihat,” kata Si Luncai. “Bagaimana, bolehkah beta bertemu ayahanda beta?” “Masakan tidak, hamba yang hina ini pun boleh, apalagi tuanku yang mulia.”

“Bagimanakah cara?” tanya raja. “Begini … tuanku hendaklah masuk ke dalam laut dalam peti yang dilubangi. Patik dahulu pun begitu juga. Di dasar lautlah akan berlaku pertemuan itu nanti.”

Tanpa berfikir panjang, raja bersetuju, dibuang ke laut di dalam peti yang berlubang dimasuki air dan raja mati lemas.

*Ulasan Penulis*

Selain daripada keburukan akibat keceluparan berkata-kata, cerita ini penuh dengan sindiran dan pengajaran yang sangat tajam menusuk hati.

Si Luncai adalah ‘gambaran’ orang bawahan yang berdepan dengan kezaliman pemerintah . Walaupun tanpa kuasa dan senjata, Si Luncai berjaya mengalahkan raja berbekalkan minda, keberanian dan kemahuan.

Cerita ini juga menggambarkan bahawa pemerintah yang ego dan dungu berpotensi menzalimi rakyat, memporak-perandakan negara bahkan akhirnya memakan diri sendiri.

Hubung kait antara tajuk dan isi kandungan khutbah sukar ditafsirkan.

Jumaat 27 Mei 2022/26 Syawal 1443

My comments :

Mula sekali al kisah Si Luncai hanyalah dongeng penghibur. Maka tidak perlu guna lojik atau akal. Sebenarnya komponen paling besar dalam sebarang cerita dongeng adalah pembaca dan pendengar mesti dungu. Ataupun pembaca dan pendengar perlu tutup otak lojik seketika sewaktu mendengar cerita dongeng itu. 



Contohnya janganlah persoalkan kenapa Superman selalu memakai "seluar dalam" merahnya di luar pula? (Why does Superman wear his red underwear on the outside?) Apakah maksudnya Superman perlu memakai sepasang lagi "seluar dalam" putih di dalam pula? (Does Superman wear another pair of white underwear on the inside?)  Soalan seperti ini boleh "menggangu" perjalanan cerita dongeng. 

Sebab itulah para tukang karut selalu ingatkan  "kita tidak boleh menggunakan akal dalam semua hal cerita dongeng". 

Dongeng itu bolehlah di-serupakan tafsirannya dengan tahyul atau khurafat. Dari segi bahasa khurafat berasal dari kata kharaf yang bererti rusak akal sebab tua (sumber Indonesia). Sedangkan secara istilah, khurafat bererti kepercayaan yang bukan berasal dari ajaran Islam, termasuk cerita rekaan, ramalan dan pemujaan.

Membersihkan otak manusia dari khurafat dan tahyul (superstition) adalah misi besar para rasul di utus ke dunia. Sebab, khurafat dan tahyul sudah lama melekat pada peradaban manusia yang diwariskan secara turun menurun oleh nenek moyangnya. 

Tahyul dan khurafat memiliki arti yang sama, yakni kepercayaan akan hal yang tidak masuk akal dan tidak boleh dibuktikan kebenarannya. Khurafat dan tahyul ini diwariskan secara turun menurun melalui adat istiadatnya.

Soalan yang lebih besar ialah bagaimana tahyul dan khurafat boleh bertahan begitu lama sejak zaman batu hingga ke zaman moden hari ini?

Antara sebab utama ialah angkatan tentera penyimpan dongeng, khurafat dan tahyul telah berjaya menggunakan kuasa dan kekerasan untuk menekan dan menzalimi sesiapa pun yang berani menyoalkan khurafat dan tahyul mereka. 

Untuk mencapai tujuan ini pula, seringkali mereka berjaya memperalatkan dan diperalatkan oleh kaum raja dan golongan bangsawan untuk terus memperbodohkan rakyat biasa (kecuali raja dalam cerita Luncai di atas yang terjun ke dalam laut pula).

Maka raja-raja melantik tukang karut dan pakar dongeng menjadi sami-sami istana, siap dengan gelaran berjela-jela, berbahasa saram sintap serta pakaian   beristiadat. Sami-sami istana pula akan mengisytiharkan bahawa rajanya mempunyai kuasa ajaib, ilmu ghaib dan salasilah dari langit ke bumi.

Semuanya perlu untuk kekalkan khurafat dan tahyul mereka.

Segala dongeng, khurafat dan tahyul yang telah bertahan sejak zaman batu ini boleh lesap dalam sekelip mata saja jika rakyat marhaen, orang biasa rela tanya kepada Superman, 'Kenapa tuan hamba selalu memakai seluar dalam diluar?' Why do you wear your red underwear on the outside? Itu saja. Akan hilanglah khurafat.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.