`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, May 30, 2022

Berang ditegur curi duit ibu, lelaki acu pisau kepada rakan

 

Polis menahan suspek yang turut mempunyai lapan rekod kes dadah dan jenayah di lokasi kejadian pada 1 pagi.

PETALING JAYA: Berang ditegur supaya tidak mencuri wang ibunya, seorang penganggur mengamuk dan mengacukan senjata ke arah seorang lelaki dalam kejadian di gerai makan di Pandan Indah.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam tadi apabila suspek berusia 32 tahun bertindak demikian selepas pengadu berusia 36 tahun yang juga kenalannya menegur supaya meninggalkan perbuatan itu.

“Punca kejadian adalah kerana pengadu telah menegur dan menasihati suspek namun tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu mengatakan tidak perlu masuk campur urusannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, susulan itu polis menahan suspek yang turut mempunyai lapan rekod kes dadah dan jenayah di lokasi kejadian pada 1 pagi.

“Polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya memaklumkan suspek direman empat hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.