`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 30, 2022

Selangor pantau 40 ajaran sesat termasuk di alam siber

 

Exco Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata antara ajaran sesat dipantau termasuk ajaran Ibu Yati, Asma Al Husna, Millah Abraham, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) atau ajaran Sittah Annur dan Rasul Melayu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Lebih 40 ajaran sesat di Selangor sentiasa dipantau termasuk sebarang cubaan ajaran agama itu menerusi alam siber.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata ini bagi mengelakkan pihak tertentu menyebarkan dakyah sehingga menimbulkan kekeliruan di laman sosial.

Katanya, antara ajaran sesat dikesan dan dipantau termasuk ajaran Ibu Yati, Asma Al Husna, Millah Abraham, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) atau ajaran Sittah Annur dan Rasul Melayu.

“Kita tidak pernah berhenti daripada memantau ajaran sesat yang dibimbangi memesong akidah umat Islam.

“Buat masa ini, terdapat lebih 40 ajaran sesat yang dilaporkan di negeri ini,” katanya menurut laporan Kosmo.

Mengulas lanjut, Zawawi menegaskan tidak wajar ajaran agama dijadikan bahan jenaka.

“Sebelum ini, tular ritual buah kelapa dan teropong beberapa tahun lalu yang dianggap sebagai perkara melucukan oleh sesetengah pihak.

“Begitu juga video tular, kipas angin dijadikan makmum solat oleh pihak tertentu. Jika ada keperluan kita akan siasat walaupun ada yang menganggap ia sekadar gurauan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.