`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 29, 2023

Tok Mat berdepan saingan 2 penjuru di Rantau

Mohamad Hasan akan merebut kerusi DUN Rantau dalam saingan dua penjuru dengan Rozmal Malakan.

SEREMBAN: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berdepan saingan dua penjuru di DUN Rantau.

Mohamad yang lebih mesra panggilan Tok Mat akan bersaing untuk merebut kerusi berkenaan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Rozmal Malakan dari PAS.

Senarai calon bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Rantau Norazam Nayan di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan.

Ads by Kiosked

Terdahulu, Mohamad tiba pada 9.08 pagi diiringi Presiden MCA, Wee Ka Siong, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Alexander Nanta Linggi dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sendayan, Yasin Abd Jamil yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Mohamad juga diiringi penyokong BN dengan paluan gendang memasuki pusat penamaan calon DUN Rantau.

Rozmal pula tiba di pusat penamaan calon DUN Rantau 8.50 pagi diiringi penyokong dan pencadangnya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau dan menteri pertahanan sebelum ini mengumumkan akan mempertahankan kerusi tersebut pada PRN kali ini.

Pada PRU14, beliau menang tanpa bertanding selepas bekas calon PH PRK DUN Rantau Dr S Streram dilarang masuk pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Mohamad diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Namun, Streram yang ketika itu merupakan timbalan ketua cabang PKR Rembau memfailkan petisyen pada 23 Mei 2018 untuk membatalkan keputusan SPR.

Ads by Kiosked

Keputusan SPR itu dibatalkan mahkamah dan PRK Rantau diadakan pada 2019.

Bagaimanapun, Mohamad mengekalkan kerusi itu apabila memperoleh 10,397 undi berbanding 5,887 undi diraih Streram.

Mohamad memenangi kerusi DUN Rantau sejak 2004. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.