`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 31, 2023

MIC akan jumpa Anwar berkait dakwaan ‘layanan buruk’ Umno

 

Menurut jemputan yang bocor, pertemuan bersama Anwar Ibrahim dijadual di ibu pejabat MIC melibatkan jangkaan kehadiran hampir 1,000 ahli. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Pertemuan bersama Anwar Ibrahim diatur MIC Rabu ini, dengan sumber berkata ia berkisar “layanan buruk” Umno terhadap parti itu.

Sumber enggan dinamakan itu berkata, MIC tidak gembira dengan layanan Umno, rakan komponen Barisan Nasional (BN) ketika rundingan kerusi PRN enam negeri.

Umno adalah parti dominan dalam BN yang merangkumi MCA dan beberapa parti kecil lain.

Ads by Kiosked

Dakwaan layanan buruk dikatakan berlaku sebelum MIC memutuskan tidak bertanding pada PRN enam negeri.

“Ahli MIC dimaklumkan supaya memberitahu pengundi India, boikot calon Umno sebagai tindak balas. Anwar dijangka menenangkan mereka,” kata sumber itu kepada FMT.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan menjadi ketua dalam gabungan kerajaan perpaduan melibatkan PH, BN, dan parti dari Malaysia Timur.

Menurut jemputan yang bocor itu, pertemuan bersama Anwar akan berlangsung di ibu pejabat MIC.

“Semua negeri dan pengerusi bahagian mesti membawa bersama mereka ahli jawatankuasa, termasuk pimpinan Pemuda, Wanita, Putera, dan Puteri,” menurut jemputan itu.

Difahamkan, MIC meminta semua pemimpin bahagian dan ahli jawatankuasa hadir bagi menunjukkan kekuatan semasa Anwar tiba dalam pertemuan itu.

Ads by Kiosked

Parti itu menjangkakan lebih 1,000 ahli akan hadir.

Setiausaha Agung MIC RT Rajasekaran enggan mengulas ketika dihubungi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.