`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 29, 2023

Jais sah pasar raya jual ‘ayam tebuk’ tiada sijil halal

 

Seksyen Penguatkuasaan Halal Jais bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat melakukan pemeriksaan di sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ‘ayam tebuk’ yang tular di media sosial dan dijual di sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting tidak mempunyai sijil halal sah.

Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad berkata pengesahan itu diperoleh selepas pihaknya melalui Seksyen Penguatkuasaan Halal bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat melakukan pemeriksaan di premis terbabit semalam.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis itu melakukan penyalahgunaan logo Halal Malaysia kerana mempamerkannya tanpa memiliki sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda tidak melebihi RM200,000,” menurutnya dalam kenyataan.

Shahzihan turut menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati semasa membeli barangan keperluan harian dengan mengutamakan produk yang mendapat pensijilan halal dan sebarang keraguan mengenai status atau logo halal pada produk atau premis, mereka boleh membuat semakan terus melalui portal halal Jakim di laman sesawang www.halal.gov.my.

“Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan status dan penyalahgunaan logo, aduan juga boleh dibuat kepada Seksyen Penguatkuasaan Halal Jais di talian 03-5514 3726/3760 atau talian hotline 011-5582 0212. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.