`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 2, 2024

Banjir di Johor pulih

Mersing dan Segamat dilanda banjir bermula 26 Dis lalu dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 137 mangsa daripada 39 keluarga. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir beroperasi di Segamat, ditutup petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 23 penduduk daripada tujuh keluarga ditutup pada 5 petang.

Bagaimanapun, menurut jawatankuasa itu, Jalan Kampung Orang Asli Peta di Mersing masih terputus hubungan.

“Laluan alternatif yang boleh digunakan adalah melalui Ladang Mutiara-Paloh,” menurut jawatankuasa itu.

Mersing dan Segamat dilanda banjir bermula 26 Dis lalu dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 137 mangsa daripada 39 keluarga. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.