`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 27, 2024

APAKAH GENG LEBAI PERLU MENJALANI SOP KESAN LIWAT

 Surah 29:28    وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِۦٓ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ ٱلْفَـٰحِشَةَ  

Dan Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji . .. "




My Comments :  

Bukan saja di Serambi Maksiat tetapi kes lebai dan ustaz meliwat, mencabul dan buat entah apa lagi dengan anak murid lelaki atau perempuan di bawah jagaan mereka makin bertambah. Seolah pandemik juga.

Jarang sekali ibubapa yang menghantar anak mereka belajar di pelbagai sekolah dalam negara kita seperti international school, sekolah Cina, sekolah kebangsaan, sekolah Tamil perlu takut atau khuatir keselamatan anak-anak mereka. 

Sekolah itu di anggap tempat yang selamat di mana selama beberapa jam setiap hari anak-anak kita berada di bawah pengawasan guru di sekolah yang boleh dipercayai bukan saja sebagai guru tetapi juga untuk menjaga kebajikan anak-anak kita.

Tetapi bila datang kes tahfiz dan madrasah lain pula ceritanya. Pernah  juga anak-anak di madrasah menjadi korban kebakaran. Dan madrasah yang kutip derma sampai RM10 juta Ringgit dengan mengguna nama anak-anak yang korban itu tidak kongsi satu sen pun daripada berjuta Ringgit duit derma dengan keluarga mangsa. Sehingga keluarga mangsa kebakaran itu terpaksa mengambil tindakan saman terhadap "usahawan" madrasah itu.

Dalam kes lain pula penuntut tahfiz (terlibat jual dadah?) membakar sekolahnya yang mengakibatkan kematian 23 penuntut dan pengajar di tahfiz itu. Massacre betul.

Tetapi kes liwat, rogol dan cabul lebih sering berlaku. Contohnya :

Jadi Tuan-Tuan, something has to be done. Kita perlu monitor atau awasi pelbagai aspek sekolah agama, tahfiz dan madrasah. Bukan saja melihat kepada bangunan dan kemudahan sekolah dan hostel (terutama sekali dari segi keselamatan kebakaran, makanan, keselesaan hostel), kelayakan dan kepakaran tenaga pengajar tetapi juga moral dan etika tenaga pengajar di tahfiz dan madrasah. 

Pihak yang berkenaan perlu adakan piawaian atau standards yang bertaraf bagi semua sekolah tahfiz dan madrasah. Dan standards ini perlu menepati kaedah saintifik setaraf dengan institusi pengajian dan sekolah lain dalam negara kita.

Saya cadangkan kes liwat, rogol, lesbian dan cabul boleh dikawal dengan SOP serupa dengan undang-undang khalwat yang sedia ada dalam negara kita. Ia itu guru tahfiz, tak kira lelaki atau wanita, perlu patuhi undang-undang khalwat ketika mendekati anak-anak murid di sekolah tak kira anak lelaki atau perempuan.  Ia itu guru lelaki atau wanita tidak boleh bersendirian atau berseorangan dengan anak murid pada bila masa pun. 

Ini cadangan saya saja tetapi melihat kepada begitu banyak kes yang sangat membimbangkan ini something has to be done.  Kita tidak boleh duduk diam saja dan setiap beberapa minggu atau beberapa bulan kita dikejutkan dengan satu lagi kes melibatkan sekolah tahfiz yang melepasi tahap psycho.  

Sebenarnya keseluruhan sistem sekolah tahfiz dan madrasah kurang menjalani pengawasan atau monitoring yang baik dan berkualiti. We have created another problem.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.