`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 22, 2024

Mana bajet bayangan, Sim gesa PN main peranan semak dan imbang

 

Free Malaysia Today
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin seru PN main peranan apabila gabungan itu tidak kemuka bajet bayangan selepas kerajaan bentang belanjawan minggu lalu.

KUALA LUMPUR
Seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan menggesa Perikatan Nasional memainkan peranan semak dan imbang, apabila gabungan itu tidak mengemukakan bajet bayangan selepas kerajaan membentangkan Belanjawan 2025 minggu lalu.

Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata pembangkang wajar membentangkan belanjawan tersendiri agar sistem demokrasi sihat dan berfungsi.

Menyifatkan ia sebagai amalan penting, Sim berkata PH secara konsisten membentangkan belanjawan alternatif dari 2010 hingga 2017 sewaktu ia menjadi pembangkang, sebagai sebahagian usaha semak dan imbang rancangan perbelanjaan kerajaan.

“Sejak tiga kali pembentangan bajet oleh kerajaan perpaduan, saya masih belum nampak pembangkang, khususnya Perikatan Nasional, membentangkan ‘shadow budget’.

“Adakah ketua pembangkang memainkan peranan beliau?” soalnya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, sambil merujuk kepada Hamzah Zainudin (PN-Larut).

Sementara itu, Sim menyeru para wakil rakyat pembangkang yang sudah lama berkhidmat untuk menonjolkan kekananan mereka ketika berbahas di Parlimen.

“Pembangkang yang ‘senior’ haruslah membahas isu-isu yang bernas, bukan memainkan perkataan-perkataan seperti ‘kencing’, ‘tipu’, ‘sembang’, mempersoalkan sama ada perdana menteri ada gaji atau tidak… itu perkara-perkara remeh yang askar siber boleh buat,” tegasnya.

Sim meminta pembangkang memperbaiki ‘kelemahan’ ini agar rakyat dapat manfaat daripada semak dan imbang di Parlimen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.