`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 26, 2024

Bersatu tak pernah secara rasmi hentikan khidmat saya, peguam beritahu mahkamah

 

Mohamed Haniff
Haniff Khatri Abdulla memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak pernah menjadi ahli Bersatu walaupun bertindak sebagai peguam parti itu.

KUALA LUMPUR
Haniff Khatri Abdulla memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Bersatu tidak pernah secara rasmi menamatkan khidmat guaman dan nasihatnya kepada parti itu.

Peguam itu berkata, beliau mula terlibat dengan Bersatu pada 2016 apabila beberapa tokoh politik seperti Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin mencetuskan idea penubuhan sebuah parti baharu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pernah menjadi ahli Bersatu.

Pada masa material itu, Haniff berkata, beliau diarah menyediakan draf perlembagaan parti serta berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung hal parti.

“Saya beri nasihat – secara langsung dan tidak langsung – kepada parti (kepimpinan tertinggi, sayap Wanita, Pemuda) dari semasa ke semasa.

“Saya juga mewakili parti dalam beberapa kes sivil, yang mana arahan telah diberikan oleh wakil parti untuk memfailkan afidavit mereka,” kata Haniff ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Bersatu.

Contohnya, kata Haniff, Muhyiddin meminta pandangannya dari segi undang-undang selepas Bersatu kalah dalam saman terhadap JPPM berhubung keputusan kerajaan membubarkan parti itu.

Keputusan itu dibuat selepas Bersatu didakwa gagal mengemukakan dokumen tertentu pada 2018.

“Beliau (Muhyiddin) bertanya kepada saya, apa yang boleh kita lakukan, dan saya beritahunya, pembubaran itu bersifat sementara dan boleh dielakkan jika (Bersatu) patuhi nasihat saya.

“Beliau beritahu saya beliau telah mengarahkan (peguam lain) Rosli Dahlan untuk memfailkan saman itu, dan berkata sesuatu tentang yuran guaman untuk kes itu,” katanya.

Tambahnya, Muhyiddin juga tahu tentang yuran yang perlu dibayar kepadanya.

Haniff memfailkan saman pada 2021 untuk memperoleh yuran guaman RM12.5 juta daripada Bersatu.

Sebelum memfailkan saman itu, katanya, beliau telah mengeluarkan invois kepada Bersatu, namun tiada tindakan daripada pihak parti.

Dalam pembelaannya, Bersatu mendakwa Haniff berkhidmat secara ‘pro bono’ dari 2016 hingga 2020.

Haniff memberitahu mahkamah, sehingga hari ini, Bersatu tidak pernah memfailkan sebarang bantahan terhadap invois RM12.5 juta itu di mahkamah, seperti yang dikehendaki bawah Akta Profesion Undang-undang.

“Dakwaan bahawa perkhidmatan saya pro bono adalah sesuatu yang difikirkan kemudian,” tambahnya.

Menjawab soalan peguam Bersatu, Chetan Jethwani, sama ada tindakan menggubal perlembagaan parti ialah tanggungjawab beliau seorang, Haniff berkata, terdapat beberapa orang lagi individu yang turut melakukannya.

“Ketika anda menyediakan draf (perlembagaan parti), adakah anda memberitahu Marzuki (Mohamad) bahawa anda akan mengenakan bayaran?” soal Chetan, merujuk kepada bekas setiausaha sulit Muhyiddin.

Haniff berkata, beliau tidak memberitahu Marzuki perkara itu kerana ‘tidak perlu berbuat demikian’.

Chetan: Adakah terdapat sebarang arahan mengenai pelantikan anda?

Haniff: (Hanya) secara lisan, tetapi tidak secara bertulis.

Perbicaraan diteruskan di hadapan Hakim Akhtar Tahir pada Khamis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.