`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, July 31, 2025

6 penyamun bersenjata diburu

 Suspek melarikan wang tunia RM823 dari sebuah pusat snuker di Kapar.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan tiga daripada suspek bersenjata parang.
SHAH ALAM:
 Polis sedang mengesan enam lelaki tempatan kerana terbabit samun bersenjata di sebuah pusat snuker di Kapar, Klang, semalam.

Ketua Polis Klang Utara S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian sekitar 7 malam itu, suspek bersenjatakan parang berjaya melarikan wang tunai RM823.

“Berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), tiga daripada suspek telah memasuki premis itu manakala tiga lagi menunggu di luar bersama tiga buah motosikal,” katanya dalam kenyataan.

Vijaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Klang Utara di talian 03-32912222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok yang menunjukkan tiga suspek memakai topi keledar dan berparang memasuki pusat snuker itu serta bertindak menggugut penjaga kaunter untuk menyerahkan wang.

Semasa kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang bermain snuker di premis berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.