`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 






Monday, June 15, 2026

Insiden Penjara Taiping: 5 kakitangan diambil tindakan tatatertib, 1 didakwa di mahkamah

 

Foto FB

Oleh Ercy Gracella Ajos

KUALA LUMPUR: Lima kakitangan Penjara Taiping kini berdepan prosiding tindakan tatatertib, manakala seorang anggota penjara didakwa di mahkamah susulan insiden serangan terhadap lebih 100 tahanan yang mengorbankan seorang penghuni penjara.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan itu diambil selepas penelitian laporan serta rumusan Panel Inkuiri Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung insiden berkenaan.Menurut kenyataan itu, pihaknya turut memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas, telus dan menyeluruh.

Current Time 0:32
Duration 1:18

“Hasil siasatan terbabit membawa kepada pertuduhan terhadap seorang anggota penjara di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan pada masa sama, lima lagi kakitangan penjara sedang berdepan dengan prosiding tindakan tatatertib yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara.

“Tindakan ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menegakkan prinsip akauntabiliti, integriti dan kedaulatan undang-undang. Jabatan tidak akan melindungi atau berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang atau peraturan perkhidmatan tanpa mengira pangkat atau jawatan,” menurut kenyataan itu. ini, media melaporkan lebih 100 tahanan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden ketika proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E pada Januari 2025, menyebabkan seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut.

Jabatan Penjara turut menegaskan ia mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang bentuk salah laku, penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran undang-undang dalam perkhidmatan serta akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan yang didapati melakukan kesalahan.

Pada masa sama, jabatan itu memaklumkan pengurusan dan layanan terhadap penghuni penjara sentiasa dilaksanakan berdasarkan kerangka perundangan yang berkuat kuasa, termasuk Akta Penjara 1995 (Akta 537) dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000, selain komited meneruskan agenda pemodenan infrastruktur penjara.

Menurut kenyataan itu, Penjara Taiping yang kini berusia 146 tahun dan berstatus Bangunan Warisan Kebangsaan antara institusi yang telah lama dikenal pasti memerlukan penggantian, manakala pembinaan fasiliti baharu yang lebih moden, selamat dan kondusif penting bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta kebajikan prospek dan pegawai penjara.

Terdahulu, Panel Inkuiri Awam SUHAKAM mencadangkan Penjara Taiping dijadikan muzium kerana tidak lagi sesuai digunakan sebagai penjara.

- buletintv3.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.