`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 19, 2011

Khir gave Bali Castle crony RM273mil worth of deals, no open tender


The Selangor state government has revealed that Shamsuddin Hayroni, the businessman charged together with former chief minister Khir Toyo for corruption, had received seven major contracts worth RM273 million in total. According to Faekah Husin, the political secretary to current Mentri Besar Khalid Ibrahim, five of the projects were awarded to a company called Majulia Sdn Bhd.

Shamsuddin was arrested and charged for having sold a piece of land at a huge discount to benefit Khir, who had built his notorious Bali Castle worth a reported RM24 million on the land in Shah Alam.

"All the deals were done on a direct negotiation basis without any open tender," Faekah said in a statement.

Contracts worth millions

The projects granted to Shamsuddin's Majulia were:

  • Construction of phase one of the civil servants quarters in Section 16, Shah Alam (RM22.9 million),
  • Construction of phase two of the civil servants quarters in Section 16, Shah Alam (RM61 million),
  • Proposal to design, construct and complete the Selangor Maju Library (RM71.08 million),
  • Proposal to construct and complete the road from Simpang B15/B11 in the Sepang district (RM73.75 million), and
  • Proposal for a stadium project, electric substation, two chambers and one sewerage facility at the sports complex in Dengkil (RM15 million).

Two other projects were also awarded to two other companies through privatisation. Getrahomd Sdn Bhd was said to have received a privatisation project worth RM16 million in 2000 for a commercial project on a 134.57 acre piece of land in Dengkil. Kanasutra Sdn Bhd was awarded a project for the development of a housing and commercial project, also in Dengkil, in 2005 worth RM14 million. So far, Khalid's administration has been able to revoke the Kanasutra project and this decision has already been ratified by the state exco on Jan 27, 2010. “This information is revealed to ensure that the state government and civil servants are not linked to the trial of Khir and Shamsuddin. This is also in line with the state administration's principle of accountability and responsibility, as promoted by Pakatan Rakyat,” Faekah said.

Both Khir and Shamsuddin have claimed trial, with Khir insisting that the land sale was done on a 'willing buyer, willer seller basis".

Malaysia Chronicle appends below the full statement issued by Faekah Husin

LIMA PROJEK DIBERI KEPADA SHAMSUDDIN HAYRONI SECARA RUNDING TERUS

Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum dengan kes melibatkan mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang berdepan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam gejala rasuah.

Kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat yang dimiliki Shamsudin Hayroni.

Bagi mengelak timbul spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor menjelang perbicaraan kes Dr Khir, Kerajaan Negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek yang telah diberikan kepada Shamsuddin Hayroni ketika Dr Khir menjadi Menteri Besar.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu:

1. 1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16,Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000

2. 2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta

3. 3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000

4. 4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53

5. 5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.

Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

FAEKAH HJ HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

courtesy of Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.