`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 1, 2012

Uncleseekers in 10 days police lock-up (Part 3) - in Malay


Kabare wak...

Balai Polis Senawang

Selepas semua dokumen diambil, aku bersama dengan Siti Nadhirah duduk di tempat belakang kerusi dan dibawa oleh dua anggota ke balai Polis Senawang. Sampai disana aku ditanya oleh Supritendent Noor Hashim samada sudah makan atau belum. Aku minta mee goreng dan Teh O Ais. Dalam hati aku sempat berkata, “Waaahh.. Malam Nisfu Sha'aban aku di tahan polisi.. Menarik tuu..


Aku telah dimaklumkan oleh Siti Nadhirah bahawa beliau sudah pun menghubungi pengurus peribadi dan anak aku untuk memaklumkan pada keluarga tentang penahanan ini. Abah aku ialah seorang yang sangat tegas waktu tidurnya kerana waktu tidurnya sekitar 9.30 malam dan akan bangkit awal sekitar 4.00 pagi untuk menulis. Selepas membuat panggilan, Siti Nadhirah diminta menyerahkan handphone kepada salah seorang anggota. Beberapa kali beliau bertanya adakah dia juga akan di tahan dalam lokap. Aku hanya menyuruh beliau menerima apa saja keputusan dan menyuruhnya membaca doa ketika Nabi Yunus dalam perut ikan sebanyak yang mungkin.

Sementara menunggu rezeki sampai, aku sempat berbual-bual dengan beberapa anggota polis yang menahan aku. Salah seorang dari mereka wajahnya saling tak tumpah macam Petchatai Wongkamlo, salah seorang pelakon dalam filem Ong Bak. Nak tergelak pun ada sebab cara dia berjalan dan bercakap memang seiras.

Gambar Hiasan (Sumber)

Selepas bergambar kenangan dengan beberapa anggota polis yang rupanya mengikuti perkembangan karier aku, aku pun cuba bertanya dengan salah seorang anggota yang bercakap dialek “ana anta”, tentang kenapa aku ditahan. Beliau suruh aku bersabar... Pelbagai perangai anggota polis yang terlibat menahan aku di dalam balai tersebut. Ada yang peramah, pendiam, ikhlas, yang baik dan ada juga yang pandai bermuka-muka tapi  dua orang sajalah.


Selepas aku dihidangkan makanan yang aku pesan tadi, aku makan ubat sakit gigi jenama Hurix’s yang dibeli kat stesen Patron sebelum Tol  Sungai Besi semasa on the way ke Seremban 2.

Rumah di Janda Baik

Kalau tak silap aku sekitar  jam 1 atau  2 pagi, tiba-tiba aku diminta ke Janda Baik dan Siti Nadhirah menunggu di Balai Senawang. Aku dibawa naik kereta Proton Waja bersama empat anggota termasuk yang wajahnya mirip Petchatai Wongkamlotadi. Dia duduk di bahagian depan sebelah pemandu.

Tidak kurang 7 buah kenderaan yang bergerak dari Balai Polis Senawang ke Janda Baik malam itu. Sampai sahaja di stesen minyak BHP selepas plaza tol Gombak, ada sebuah lagi kenderaan sedang menunggu. Sebaik saja sampai ke rumah, aku minta mereka meletakkan kenderaan di luar kawasan rumah. Aku jemput kesemuanya masuk ke taman orang tua aku.

Sebaik saja sampai ke rumah, aku tengok pintu rumah terkunci. Tombol tu baru ditukar tapi aku tak sempat ambil dari Ariff. (Semasa aku on the ke Seremban 2, aku ada hubungi Ayin untuk bertanya dimana beliau berada kerana aku hendak memandu kereta Wish yang sedang digunakannya, lebih besar sedikit dari kereta Viva kepunyaan anak aku. Beliau memaklumkan yang mereka sedang bermain golf dan tak dapat berbuat demikian). Aku terpaksa ke pintu belakang untuk mengejutkan Salim untuk membuka pintu. Aku masih tidak dapat masuk ke ruang tamu yang lagi satu sebab pintunya terkunci. Terpaksalah aku masuk melalui tingkap yang kebetulan tidak berkunci dan kemudian membuka pintu dapur untuk membenarkan anggota polis masuk ke rumah.

Liputan media tentang Salim August 2006

Salim ialah salah seorang anggota team kami secara sukarela sejak tahun 2005. Nasibnya agak malang apabila beliau terjatuh dari tingkat satu sebuah bangunan dan koma selama 3 bulan ketika kami sedang melakukan aktiviti  ‘Ghost Tour” pada 27-8-2006.

Sehingga hari ini aku menjaga makan minum dan sakit peningnya  kerana kedua ibu-bapanya telah meninggal dunia sejak beliau kecil lagi dan beliau telah disahkan “Orang Kurang Upaya” oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ingatannya juga sudah banyak ‘lari’ sejak dari peristiwa tersebut. 

Sehingga hari ini beliau tidak tahu nama sebenar ibunya. Kesian. Salim ni taklah menjadi beban kat aku. Cuma satu sikap dia yang paling aku tak suka adalah dia suka mencuri apa saja barang dalam rumah. Tak kira apa pun janji dia boleh ‘tukar barang’ dengan yang boleh digantikan seperti makanan atau minuman kesukaannya, iaitu roti dan air soya.

Danzen & Synflex

Aku bawa beberapa anggota polis round satu rumah. Rumah yang bapak aku bina ni banyak pintu. Aku nampak dia orang pun macam pening sikit. Selepas mereka berpuas hati, aku masuk semula ke bilik tetamu untuk mengambil ubat sakit gigi Synflex 550mg (painkiller) dan Danzen 5mg (susut bengkak) yang aku beli di Jaya Iss Farmasi dialamat 51D, Podium Zikay, Jalan Raja Alang, Kampung Baru kalau tak silap pada 30-6-2012 sekitar 9 malam. Aku pun bedal sebiji Synflex dan sebiji Danzen.

Lepas tu kami meluncur laju terus ke Balai Polis Senawang. Sebaik sampai saja di sana aku melihat Siti Nadhirah berwajah sugul. Selang setengah jam kemudian aku dimaklumkan bahawa aku terpaksa dibawa ke Johor Bahru kerana ditahan bawah Akta Rahsia Rasmi.  Sekali lagi aku bersama Siti Nadhirah dibawa ke Johor Bahru menaiki kereta Waja tetapi kali ini dibawa oleh Inspektor Siri yang berasal dari Sabah. Untuk menahan sakit gigi, dalam kereta aku bedal sebiji lagi Synflex danDanzen.


Semua di dalam team kami dan keluarga tahu yang aku tak ada penyakit selain SAKIT GIGI setiap 2 bulan sekali. Aku start kena sakit gigi ni sejak tahun 2004. Sebenarnya dulu (dan sekarang pun...) aku ni kaki melantak COKE. Semua staff aku di Syarikat Manja (http://produkrindu.blogspot.com/) tahu dalam bilik kerja aku ada satu peti ais penuh dengan COKE. Dalam rumah aku pun satu tray dalam peti sejuk tu penuh dengan COKE. Ini lah akibatnya kalau suka minum COKE! Walaupun gigi tidak berlubang tapi akan longgar dengan sendirinya lama kelamaan.


Kalau tak silap, kami sampai sekitar 7 atau 8 pagi Rabu di Balai Polis Nusajaya. Aku pun berbual dengan seorang anggota polis berpangkat ASP tapi aku tak ingat namanya kerana aku dah mula mengantuk sebab sememangnya waktu itu sudah sampai masa untuk aku tido. Aku sempat ambik satu biji lagi Synflex dengan Danzen. Lebih kurang setengah jam pastu tetiba aku rasa air liur bercampur darah dan nanah. Siti Nadhirah menegur aku sebab gigi aku sudah dipenuhi dengan darah. Alhamdulillah, gusi aku yang bengkak tu dah pecah! Lega rasanya. Selagi tak pecah selagi tu gusi berdenyut.


Sekitar jam 10 pagi kalau aku tak silap lah, seorang anggota polis lelaki memohon keizinan untuk menggari tangan aku. Aku takder hal sebab ni kali kedua tangan aku digari selepas aku membongkar penipuan Cakra Alam dan seorang anggota polis wanita pula meminta Siti Nadhirah menghulur tangannya untuk digari. Aku lihat air mata Siti Nadhirah berlinang... 

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa PILUnya hati aku ketika itu. Aku yakin sepenuh hati  bahawa perbuatan SI KITOL dan kuncu-kuncunya  ini akan dibalas juga satu hari nanti akibat salah laku kuasa dan rasuah.Aku minta Siti Nadhirah supaya berdoa dan yakin bahawa doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan doanya. 

Apa dosa Siti Nadhirah sampai digari? Dia hanya menemani aku untuk berjumpa dengan Rusni SPRM!

Lokasi Penjara Reman Ayer Molek, Johor Bharu

Dengan tangan bergari, aku sekali lagi menaiki kereta Waja ke destinasi yang belum pasti. Aku lihat keadaan sekeliling dan hati aku sangat lega apabila aku dibawa ke Lokap Air Molek. Aku pernah masuk penjara ini kalau tidak silap 17 tahun yang lalu apabila membawa anak-anak Abu Talib menziarahi ayahnya kerana berkahwin dengan 10 orang isteri. 

Syed Hasan Al-Attas (1832-1932)

Lokap Air Molek ni terletak bersebelahan dengan jalan yang dinamakan bersempena dengan nama moyang aku iaitu Syed Hassan Alattas (lihat di bahagian utara peta di atas). Aku difahamkan bahawa lokap ini adalah lokap yang paling tak besh kat Johor Bharu. Sampai sahaja di pintu besi pertama lokap tu aku teringat kata-kata hikmah Mahatma Ghandi;

“Apabila anda benar, anda tak perlu marah. Apabila anda salah, anda tak boleh marah.”

(Bersambung..)


- UncleseekersV2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.