`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 3, 2012

ADUN SEKONG: `I HAVE ONLY ONE WIFE’ (in Malay)



Oleh : MUDA MOHD. NOOR

PETALING JAYA: Adun Sekong Datuk Samsuddin Yahya menegaskan beliau hanya mempunyai seorang isteri.

“Isteri saya hanya seorang. Beliau bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Namanya Datin Junaidi Aji.
“Tidak ada yang lain…” katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat AMK kerana mendakwa gundiknya Pia Binti Dahlan seorang pendatang tanpa izin.

Ketua Pemuda AMK Citra Masadi membuat laporan polis terhadap Shamsuddin di Tawau semalam.

Beliau mendakwa Samsuddin ada kaitan dengan sindiket MyKad palsu dan kerakyatan songsang termasuk sebagai dalang mendapatkan untuk gundiknya, Pia.

Bagaimanapun, Samsuddin tidak mahu melayan tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin muda PKR itu.

“Macam-macam dia cakap, saya tidak mahu layan kerana ia buang masa. Saya juga tidak mahu ambil tindakan terhadap beliau,” kata Adun Sekong itu.

Menurut Shamsudin lagi, AMK membuat laporan polis setelah beliau menghentam Pemuda PAS dalam Sidang Dewan Negeri Sabah.

Dalam perkembangan lain, Samsuddin berkata, BN negeri akan meang di kerusi majoriti Melayu dan Kadazan di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, katanya BN menghadapi kesukaran di kerusi majoriti kaum Cina di kawasan-kawasan bandar seperti Kota Kinabalu.

Pilihan raya umum ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa kerana tempoh kerajaan yang ada akan berakhir April tahun depan. (FMT)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.