`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 21, 2012

PBS PUNCA KEMUNDURAN DAN KEMISKINAN SABAH




Saudara Pengarang,

TIMBALAN Yang DiPertua PAS Sabah dan juga merangkap Ketua Pas Batu Sapi, Hj Hamzah Abdullah, menasihatkan agar Ketua Parti Reformasi Sabah (STAR) menyalahkan dan mempertanggungjawabkan tentang kegagalan dan kemiskinan Sabah pada hari ini kepada PBS dan Datuk Pairin, abang kandungnya sendiri.

Mengikut Hj Hamzah, selama 9 tahun pemerintahan PBS dan Pairin, Sabah seolah-olah berada di planet lain yang terasing.
Kenyataan Hj Hamzah sememangnya ada kebenarannya. Segala kemunduran dan permulaan cengkaman pemerintahan rejim Umno di Sabah hari ini, adalah angkara Datuk Pairin dan kuncu-kuncunya termasuk Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Tan Sri Joseph Kurup dan sebagainya yang berpaling tadah.

Jika bukan kerana kebodohan mereka membuat keputusan terburu-buru untuk menarik PBS dari keluar dari Gagasan BN dan bergabung dengan Tengku Razali Hamzah (Semangat 46); sudah pastinya UMNO tidak akan bertapak di Sabah.

Sebaliknya USNO masih lagi mampu membela kepentingan bumiputera Islam. Selama 9 Tahun PBS hanya berjaya meracuni fikiran rakyat untuk memberontak dan bermusuh dengan Kerajaan Persekutuan. Tetapi sayang apa yang rakyat Sabah perolehi daripada sengketa berkenaan? Nahi...Muhabbat?

PBS juga semasa pemerintahannya telah melesapkan 900,000 ekar tanah untuk rakyat Sabah yang tidak bertanah yang diilhamkan Datuk Harris dan parti Berjaya khusus untuk rakyat miskin.

PBS juga menjadikan Sabah sebagai syurga kemewahan mereka semasa berada di dalam tampuk pemerintahan dengan balak diberikan pada kroni-kroni mereka, atau lebih tepat balak adalah untuk pemimpin PBS.

Oleh itu, rakyat Sabah wajib tahu sejarah kesengsaraan 9 tahun pemerintahan PBS, agar tidak akan memberi peluang lagi pada parti itu untuk memerintah Sabah lagi.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.