Husin sedang bercuti di Sabah.
Sambil-sambil bercuti, jumpa-jumpa kawan untuk tahu perkembangan di Sabah. Hebat rupanya Anwar Ibrahim. Bukan hebat gagasan atau wawasan tapi hebat temberang.
Satu Semenanjung Anwar jaja macam real dia dapat ramai ikut lompat. Padahal tiada apa-apa berlaku di Sabah. Malah dengarnya dia sedang pening untuk kekalkan kelentongnya mengenai Sabah di Semenanjung.
Perbincangan dengan pelbagai pihak tidak bertemu hasil. Strategi politik dan temberang tak menjadi. Hanya Dato Lajim Ukin dan lima yang lain tersilap percaya akan akhirnya naik jadi Ketua Menteri.
Politik Sabah bukan senang untuk faham, bah!
Kalau tidak kahwin orang Sabah dan duduk di Sabah 30 tahun macam seorang kawan Husin, usah ngaku faham politik Sabah. Tahu pun belum.
Walaupun rakyat Sabah bukan saja ada toleransi tapi menerima perbezaan kaum, ugama dan adat, perkiraan politik berbeza sekali.
Betul ... kahwin campur banyak dan hubungan keluarga melampau kaum, ugama dan adat. Majlis-majlis keramaian atau perayaan dihadhiri dan raikan oleh pelbagai etnik. Lain-lain etnik dan penganut ugama tahu, faham dan hormati amalan dan pantang larang etnik dan penganut ugama lain.
Mahu kena tahu bahawa ada 31 kumpulan etnik Pribumi di Sabah. Ini tak masuk 'sungai' nya lagi yang ada kala sampai 4.
Sesuatu kawasan ada kaum etniknya tersendiri. Sudah tentu wakil rakyat kawasan tertentu perlu datang dari etnik tertentu. Ada kala, sama etnik tapi dari kawasan lain pun bukan mudah diterima jadi wakil rakyat setempat. Kalau satu Sabah calunnya hanya dari satu parti, pun tidak boleh.
Bajau adalah etnik yang kedua teramai di Sabah. Kawan Husin beritahu orang Bajau bukan semua sama tapi ada macam-macam.
Umpamanya, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Shafie Apdal yang merupakan kaum Bajau dari Semporna adalah Bajau Laut. Tak baik Dato Najib usik dia lanun. Sensitif Shafie tapi tak beranilah nak marah boss.
Yang lanun tu adalah orang putih. Mereka datang dari dunia sebelah lain dan datang menjajah rantau kita serta mengaut keuntungungan dengan "curi" harta Sabah.
Musli Oli, rakan Husin yang merupakan penulis politik yang sudah lompat parti dari UMNO ke PKR serta asal dari USNO dan dijangka dapat peluang bertanding atas tiket PKR adalah Bajau Kota Belud.
Kawan tu kata Musli adalah Bajau Darat. Inilah kaum Bajau yang kita belajar di sekolah sebagai naik kuda padi dan ada temasya lumba kerbau.
Manakala, boss lama serta pernah juga lawan politik lama Musli, iaitu bekas Ketua Menteri Sabah dan Presiden USBO, Dato Salleh Tun Said Keruak pula dikatakan kawan Husin sebagai orang Bajau Bukit.
Sejak akhir-akhir ini. kawan Husin beritahu ada satu lagi Bajau baru.
Dia bukan setakat Bajau Laut, Bajau Darat, Bajau Bukit, dan lain-lain Bajau, tapi sudah ada pula Bajau di Langit.
Itu Dato Yahya Lampong.
Dia sudah macam terapong-apong di langit sejak dapat pelampong dari lantikan oleh Dato Musa Aman sebagai Pengerusi salah sebuah SLC. Sudah lompat ke PKR dan mahu lawan Rosnah di Papar.
Wow! Dapat jawatan lupa diri dah tua dan selalu sakit
* Kemaskini 6:30 pagi 21/11
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.