`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 8, 2012

Sultan Terkejut Dengan Nurul Izzah, Rakyat Lagi Terkejut Dengan Tengku Amir


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
“Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Raja Muda Tengku Amir Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!
Perkembangan Raja Muda Selangor Tengku Amir sekarang?  Apa yang kami idamkan selama ini, mempunyai barisan Sultan/Raja & kerabat diraja yang ada sekarang di Malaysia benar-benar ikhlas dan prihatin kepada rakyat. Bukan sekadar bersifat kosmetik di mata rakyat Malaysia. Senantiasa turun berdamping dengan rakyat dan membantu rakyat dikala mereka hidup dalam kesusahan.
Bukan hanya…..gah semata-mata untuk tayangan televisyen dan hebahan di akhbar sahaja untuk diberitajhu kepada rakyat semata. Ini yang dimahukan sebenarnya….
Kalau dilihat ada kalangan orang Melayu Islam lebih gemar berdamping dan berkawan dengan kawan-kawan daripada negara orang putih sana. Terpulang…..tetapi jangan memalukan diri sendiri apabila anda dilihat lebih “Mat Saleh” dengan kehidupan sosial + liar yang diamalkan sekarang ini. Sehingga orang bukan Islam pun geleng kepala melihatnya….
Tengku Amir Selangor Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!
Macam ini pegang botol Moet untuk tuang dalam gelas, ada style.. 
Tengku Amir Raja Muda Selangor Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!
 Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis @ Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Rujuk BeritaSemasa.com, Teringat kepada Sultan Muhammad V, Sultan kesayangan rakyat!!
- ekeleh.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.