Saya ada membaca suatu berita yang menyatakan bahawa orang Melayu Johor akan menyekat kemaraan PR. Kenyataan itu boleh jadi ada kebenarannya. Tambahan pulaPR tidak pernah menyasarkan kemenangan total di Johor. Kita pun tahu- mustahil lah UMNO kalah semua. Mereka akan menang di Pekan. mereka menang di Pagoh. Kita hanya menyatakan UMNO akan kalah secukupnya untuk membolehkan PR memerintah.
Kita tahu UMNO cukup kuat di Johor dan orang Melayu Johor cukup tebal dengan semangat keUMNOan mereka. Bacaan harian mereka selepas Subuh selain Yasiin, ialah Utusan Malaysia dan tontonan mereka ialah TV3. Kita semua tahu jenis orang Melayu yang membaca dan menonton dua jenis media ini. itulah yang menerangkan mengapa Melayu Johor sokong UMNO.
Namun, terdapat juga kelompok Melayu yang sedar bahawa sokongan membabi buta kepada UMNO adalah merugikan. Sokongan kepada manusia adalah sokongan bersyarat- yakni qualified support bukan nya absolutesupport. Kita menyokong kerajaan dan pemerintah selagi mereka bersikap adil.
Atas dasar itu, untuk negeri Johor cukup setakat 9-12 kerusi parlimen jatuh ketangan PR. Bila PR pegang kerajaan persekutuan, kita akan tahu asal usul MP dan ADUN UMNO. Belum sempat teh tarik segelas habis, mereka akan lompat masuk PR.
Biarlah mereka berada dalam alam mimpi mereka. Mereka tidak terbayang bahawa UMNO akan tewas. Tapi 2008 membuktikan bahawa UMNO tidaklah sekuat yang mereka sangkakan. Calun UMNO pun hanya memperolehi 2juta undi orang Melayu. Majority Melayu sudah menolah UMNO. Ertinya, bumi diatas mana mereka berpijak sudah berganjak dan beralih. Profail pengundi telah berubah. Rakyat memiliki kesedaran social yang kian meningkat.
Pemerintah dan kerajaan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang memaksa keatas mereka; kerajaan dan pemerintah ada suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai matlamat dan objektif2 tertentu. Ertinya, rakyat mulai sedar, bahawa baik atau jahat sebuah kerajaan bergantung kepada mereka yang membentuknya. Bila mereka sedar meraka yang sebenarnya berkuasa, maka kuasa untuk membetulkan keadaan pun ada dalam tangan mereka.
Maka hari ini, kesedaran social yang paling bernilai ialah kesedaran bahawa pemerintah yang adil adalah pemerintah yang disembah, pemerintah yang tidak adil adalah pemerintah yang disanggah. Sementara pemimpin UMNO korap dan bongkak, orang Melayu sudah bertambah yakin kepada diri mereka sendiri.
Tanda2 UMNO kalah sudah menjadi nyata. Orang UMNO tidak pernah sasau melakukan kekasaran- membuang poster lawan, menyimbah cat dan membaling batu, mengacau ceramah parti lawan, membuat ugutan fisikal, menyekat pergerakan pihak lawan dan sebagainya. UMNO Dato Onn sehingga UMNO Hussein Onn tidak pernah melakukan perkara ini.
Hari ini semua perkara ini suatu kebiasaan kepada ahli UMNO seolah olah pemimpin UMNO mengajar anak buah nya tidak disiplin. Ini semua menandakan UMNO sudah berada dalam keadaan cemas. UMNO sanggup mencetuskan kacau bilau apabila melihat zaman pemerintahan nya akan berakhir. Kalau UMNO mempunyai rekod yang baik seperti yang dipekikkan oleh Dato Najib, apakah yang hendak ditakutkan? Bukankah kita hanya perlu menunjukkan satu jari, semua masaalah akan selesai?
Kerana rekod UMNO adalah rekod yang memyembunyikan agenda peribadi pemimpin mereka. Yang kaya ialah Melayu terpilih, Cina terpilih dan India terpilih. Parti Melayu terpilih dan golongan istimewa ialah UMNO, MCA dan MIC. Kepentingan parti ini bukan sama dengan kepentingan majority rakyat Melayu, Cina dan India.
Dasar UMNO menyebabkan orang Melayu dipinggirkan. Sehingga Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun menyatakan bahawa orang Melayu mengemis dinegara sendiri. Memang benar- setelah 55 tahun berkuasa , UMNO menyebabkan 8.5 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan tidak melebihi RM1500 sebulan. Perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling besar dikalangan bangsa Melayu sendiri. Yang kaya dapat buat bilik pamiran Ferari bergarga RM20juta, yang miskin hendak beli ikan Kembung RM17 sekilo pun, sangat terdesak.
Siapa yang mengakibatkan semua ini? UMNO.
Orang Melayu ketinggalan dalam banyak bidang. Baru2 ini , baru orang UMNO sedar bahawa graduan Melayu sukar mendapat kerja dan menyalahkan orang Cina. Mengapa UMNO menyebabkan Cina menguasai ekonomi? Kamu yang kawal semua sumber ekonomi, menguasai kuasa kerajaan, membuat undang2 dan peraturan, bagaimana keadaan ini berlaku? Kamu yang menjual tanah kepada tauke Cina, kamu yang beri tanah kepada kroni2 kamu, maka tentulah majority rakyat terpinggir. Kamu yang membuat dasar hartanah yang menyebabkan rumah dalam abndar terlalu mahal untuk dimiliki orang Melayu. Dan kamu tidak ada maruah dan perasaan malu untuk menyebut perihal orang Melayu? Dr Mahathir yang memulakan budaya rauah, tidak ada perasaan malu bila menyebut bahawa pemimpin negara ini korap dari yang paling atas hingga yang ke bawah?
Mengapa UMNO menhasilkan graduan yang tidak kompetitif dan graduan yang mengambil bidang yang tidak sesuai? Maka kamu hari ini menuai apa yang kamu semai. Sampah masuk, sampahlah keluar. Yang patut disalahkan ialah UMNO dan Mahathir. kamu memerintah Malaysia selama 22 tahun dan kamu boleh cakap besar kita ada menara kembar, jalanraya, pelabuhan, KLIA, Langkawi tapi orang Melayu ketinggalan!
Orang Melayu telah terjadi demikian oleh kerana dasar2 yang dijalankan oleh UMNO sendiri terutama oleh Mahathir. kesilapan Mahathir yang paling asas ialah menginginkan kesaksamaan hasil. Kesaksamaan hasil mengkehendaki penglibatan kerajaan yang besar dalam ekonomi dan menyebabkan orang Melayu bergantung kepada kerajaan. Maka keadaan orang Melayu dalam keadaan apapun adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan.
Saya telah membentangkan ramalan saya dalam suatu artikel sebelum ini. saya meramalkan bahawa PR akan memenangi 109 kerusi parlimen di Semenanjung. Keadaan di Malaysia Timur saya kurang tahu. Tapi dari maklumat yang saya terima, di Sabah sahaja, BN akan kalah 12-15 kerusi parlimen. Di Sarawak, demikian juga, BN akan kalah 13 kerusi atau lebih.
Di Perlis, ada 3 kawasan parlimen. Ertinya ada 3 ketua bahagian. Walaupun ada 3 ketua bahagian, yang hendak jadi MB ialah 4 orang. Mengikut Encik Zahidi, bahkan ada 5 atau 6 orang semua nya hendak jadi MB.
Saya telah menyatakan bahawa PR boleh menang sekurang kurang nya 1 kerusi parlimen. Tapi kalau kita serang Padang Besar dan tendang keluar Azmi Khalid, PR boleh dapat 2 kerusi parlimen. Arau sudah hampir tentu jatuh ketangan PR. Jika demikian, maka 2 kerusi parlimen Perlis berada dalam keadaan terancam.
parlimen
|
BN
|
majoriti
|
Penyandang
|
Melayu
|
Bukan Melayu
|
Arau
|
BN
|
300
|
Ismail Kassim
|
87%
|
13%
|
Padang Besar
|
BN
|
5300
|
Azmi khalid
|
81%
|
19%
|
Di Padang Besar, dalam tahun 2004, Azmi Khalid dapat majority 9200. Majority nya turun ke 5300 dalam 2008. Itu membuktikan keyakinan kepada BN telah menurun dan Azmi Khalid boleh ditewaskan.
Di Arau, majority BN dalam 2004 ialah 3000 lebih. Majority nya menurun kepada 300 dalam tahun 2008. penyandang nya sekarang ialah Ismail Kassim, adik kepada ketua Mafia Perlis, Shahidan Kassim. Sudah tiba masa nya, orang Perlis membersihkan negeri Perlis dari tokoh BN yang mahu membina empayar dinegeri tersebut.
Posted by sakmongkol AK47
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.