`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 11, 2012

CIMB


CIMB Malaysia
(English & Malay Version)
Urgent Action: LET US STAND UP FOR OUR SISTER AT CIMB BANDAR BARU NILAI
J Solomon

Sis Norlaily Mat Loddin works at CIMB Bandar Baru
Nilai. She is four (4) months pregnant. She is vulnerable to the usual pregnancy symptoms that affects women such as biological changes, morning sickness, frequent head ache and fatigue.

On 20 November 2012, at 9.20 a.m., Norlaily was instructed by Savings Account Officer, Halimah to perform a withdrawal transaction from the “staff fund”. One (1) of the signatures on the withdrawal slip was different. The right person to sign was Assistant Customer Service Manager, En. Helmi instead Branch Manager, En. Amiruddin Hanuddin signed it.

Sis Norlaily informed Halimah that the withdrawal slip must be signed by the right person.

Halimah informed Amiruddin but he insisted that Norlaily proceed with the transaction. Norlaily stood firm with her decision and repeatedly advised that the transaction would be unlawful if the withdrawal slip was not correctly authorized by the right person.

Amiruddin called Sis Norlaily to his table, there he shouted at her, scolded her and further threatened her by saying “apa susah sangat? Sekarang aku suruh kau buat, buat je lah! Kalau tak, aku report orang atas, kau tak buat kerja!”.

Sis Norlaily who harassed and intimidated in the presence of all the customers and her colleagues felt insulted, embarrassed and scared, all at the same time. She broke down and due to the tremendous pressure fainted then and there. She was carried by a few of her colleagues and taken to the clinic by her Officer.

When she regained consciences she was at the Emergency Unit at Klinik Kesihatan Nilai under treatment. The medical report states she was under “heavy stress in work place”. A police report was lodged.

A very dissatisfied Norlaily invoked a Grievance on 28 November 2012 but Amiruddin blatantly refused to sign the Grievance. Only after a police report was lodged against him did Amiruddin signed the Grievance.

This is the type of injustice advocated by CIMB Bank and CEO, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak.

None of our Sisters deserve to be treated in this horrific.

Come all; let us together picket CIMB Bank on 15 December 2012 by a Bank led by our Prime Minister’s brother. By this picket, we must send a strong signal to Nazir Razak and to our Prime Minister.

---------------------------------XXX-----------------------------

Bertindak Segera: BANGKIT UNTUK AHLI DI CIMB BANDAR BARU NILAI

Sis Norlaily Mat Loddin berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan sedang hamil empat (4) bulan. Pada ketika ini, beliau mudah terdedah kepada simptom kehamilan seperti perubahan biologi, loya, sakit kepala yang kerap dan keletihan.

Pada 20 November 2012, jam 9.20 pagi, Norlaily telah diarahkan oleh Pegawai Akaun Simpanan, Halimah untuk melakukan transaksi pengeluaran dari "dana kakitangan". Didapati bahawa terdapat keraguan pada salah satu tandatangan di atas slip pengeluaran. Pengurus Cawangan bank, En. Amiruddin Hanuddin telah menurunkan tandatangan pada slip tersebut sedangkan orang yang sepatutnya menandatangani adalah Penolong Pengurus Perkhidmatan Pelanggan, En. Helmi.

Sis Norlaily memaklumkan Halimah bahawa slip pengeluaran hendaklah ditandatangani oleh orang yang sepatutnya.

Halimah lantas memberitahu Amiruddin tetapi beliau tetap berkeras agar Norlaily meneruskan transaksi tersebut. Norlaily pula bertegas dengan pendiriannya dan berulangkali menyatakan bahawa transaksi seperti itu adalah menyalahi undang-undang sekiranya slip pengeluaran tidak disahkan oleh orang yang sepatutnya.

Amiruddin lalu memanggil Sis Norlaily ke meja beliau dan menjerit terhadapnya, memarahi dan seterusnya mengancamnya dengan berkata, “apa susah sangat? Sekarang aku suruh kau buat, buat je lah! Kalau tak, aku report orang atas, kau tak buat kerja!”.

Sis Norlaily yang diserang dan diugut di hadapan para pelanggan bank dan rakan-rakan sekerjanya berasa terhina, malu dan takut; semuanya bercampur-baur dalam dirinya. Akibat tekanan dan asakan yang hebat, dia mula jatuh sakit dan akhirnya pengsan di situ. Beliau diusung beberapa orang rakan sekerjanya dan dibawa ke klinik oleh pegawainya.

Beliau hanya sedar apabila diberikan rawatan di Unit Kecemasan, Klinik Kesihatan Nilai. Laporan perubatan menyatakan bahawa beliau berada di bawah "tekanan tinggi di tempat kerja". Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.

Tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusnya, Norlaily lalu mengemukakan aduan rasmi (grievance) pada 28 November 2012 tetapi Amiruddin menolak untuk mengesahkannya. Hanya selepas laporan polis dibuat, barulah Amiruddin mahu menandatanganinya.

Inilah jenis ketidakadilan yang didukungi oleh CIMB Bank bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Dato 'Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak.

Tiada ahli kita yang layak untuk diperlakukan seperti ini.

Ayuh...marilah kita bersama-sama berpiket di Ibu Pejabat CIMB Bank pada 15 Disember 2012 ini, sebuah bank yang diketuai oleh adik kepada Perdana Menteri kita. Melalui piket ini, kita akan memberikan mesej yang jelas kepada Nazir sekaligus Perdana Menteri kita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.