`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 28, 2012

KEBEBASAN BERAGAMA KATALIS PERPADUAN





CENDERAHATI.....Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kuamut menyampaikan cenderahati kenangan kepada Masiung.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

RAKYAT berbilang kaum, kepercayaan, anutan agama dan perbezaan budaya amat beruntung kerana tinggal di sebuah negara yang aman damai dan makmur, berbanding dengan rakyat yang berada di luar negara.

Kebebasan bergama di negara ini ia menjurus kepada mewujudkan perpaduan yang intim di kalangan masyarat majmuk, walaupun agama Islam merupakan agama rasmi negara ini; tetapi tidak menghalang rakyatnya yang berbilang kaum daripada mengamalkan agama mengikut kepercayaan masing-masing dan saling hormat menghomarti antara satu sama lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata demikian ketika berucap di majlis Rumah Terbuka Hari Natal 2012 dan Khidmat Pelanggan yang diadakan Tongod baru-baru ini.

Katanya, mengadakan majlis rumah terbuka perayaan-perayaan lainnya seperti hari Raya Aidilfiri, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Deepavali dan Hari Natal bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara kaum yang ada di negara ini; khususnya di Sabah

Majlis seperti ini sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di negara ini untuk berkunjung ke rumah sahabat handai, demi menyuntik semangat setia kawan tanpa mengira siapa mereka.

“Sebagai rakyat yang ingin perpaduan dan kemakmuran seharusnya bersyukur nikmat yang diberikan oleh Maha Yang Kuasa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia dan para pemimpin komponen BN yang lainnya telah membawa kemajuan dalam pelbagai aspek dan semua kamu yang ada di Negara ini terbela dan tiada yang terpinggir dalam menikmati pelbagai prasarana dan kemudahan-kemudahan lainnya,” ujarnya.

“Saya sebagai Wakil Rakyat yang dilipih dan diberi mandat akan terus memainkan peranan dan tidak merasa bosan dan jemu untuk membela nasib rakyat di seluruh Kuamut untuk membangunkan lagi kawasan Kuamut dalam aspek pembangunan agar setanding dengan kawasan-kawasan DUN yang ada di negeri ini dan selaras dengan konsep Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dengan disusuli slogan Janji Ditepati,” sambungnya.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Kampung Simpang Entilibon telah dihadiri lebih 1,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Dr Ewon Ebin dan temasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.