`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 8, 2012

LAJIM SABOTAJ PPR SELAGON, BEAUFORT?



CAPATI.....Siapakah yang akan menebus dosa Kerajaan Persekutuan yang mencapatikan janji Setinggan Sifar 2012 melalui PPR yang kini hanya tinggal kenangan, apatah lagi 'Raja Katak' tidak lagi berguna kepada rakyat Beaufort!

Oleh : MUTALIB M.D

KEPRIHATINAN Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Azizah Mohd Dun kepada mangsa banjir, tanah runtuh dan setinggan bandar telah mendorong Kerajaan Persekutuan melancarkan Projek PPR (Disewa) pada Disember 2007; telah dikhianati penggantinya, Datuk Lajim Haji Okin kerana gagal memastikan projek berkenaan siap mengikut jadual.

Projek 'Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan 300 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Bagi Program Perumahan Rakyat (PPR)-Disewa) Di Kg Selagon Beaufort Merupakan Projek Jabatan Perumahan Negara yang dikendalikan oleh Bahagian Pelaksanaan dan penyelenggaraan projek KKTP dan diselia oleh Perunding Bina Daya Sdn Bhd (Awam C&S) dan Power Projek (M&E); telah dilaksanakan oleh Optimum Bonus Sdn.Bhd yang mula memiliki tapak pada 17 Disember 2007 dan dijadualkan siap pada 13 Disember 2009.
Namun sehingga lawatan pada 6 Disember, projek tersebut telah GAGAL kerana 'DiCapati' Lajim semasa beliau dilantik menggantikan jawatan yang dipegang Azizah; bukan lagi sebagai Projek Kebanggaan BN, sebaliknya menjadi 'Padang Jarak Padang Tekukur'.

Ceracak yang menongkat kegagalan Kerajaan BN menyemakkan mata pengundi sewajarnya menjadi 'lambang' Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dipimpinnya, sejajar dengan peribadi Lajim sebagai pemimpin yang bernafsu besar tetapi bertenaga kurang.

Desas-desus bahawa projek berkenaan gagal kerana sudah menjadi lumrah Lajim meminta 'habuan' daripada kontraktor bukan menjadi rahsia lagi, malah telah menjadi bualan di sana sini; namun oleh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada jauh di Putrajaya, maka kerakusan Lajim hanya menjadi buah mulut kontraktor dan subkontraktor.

Bagi menampung kerugian dan kos luar jangka, kontraktor telah mencuri pasir di tanah yang dirizabkan sebagai Padang Ragut sehingga merosakkan alam sekitar bagi menimbus tapak tanah projek berkenaan, kesan daripada peningkatan aras tanah tapak projek.


JARAK......Tapak projek kini seperti padang jarak padang tekukur kerana terbiar sejak begitu lama.

Walaupun terpaksa menjadi pencuri tanah dan pasir, projek berkenaan turut gagal kerana kebocoran dana dan dijadikan seperti sepah tebu yang dibuang setelah airnya diperah Lajim dan kuncu-kuncunya.

Ramai rakyat Beaufort, terutama mangsa alam sekitar yang nama mereka disenaraikan sebagai salah seorang penyewa PPR berkenaan menganggap Lajim sebagai 'pengkhianat negara' dan 'pecah amanah'; maka wajarlah beliau dipecat daripada jawatannya oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Dalam pada itu, ketika berucap di Majlis Perasmian Pecah Tanah PPR berkenaan pada 3 Februari 2008, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan untuk membela nasib rakyat yang berpendapatan rendah di negeri ini; terutama untuk menempatkan golongan setinggan dan menyediakan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah, termasuk mereka yang kurang berkemampuan.

Kata Musa lagi, pelaksanaan projek secara 'fast-track' dengan membenarkan beberapa kelonggaran peraturan bagi tujuan mempercepatkan pelaksanaan projek, manakala kos projek adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan seluas 20 ekar.

Oleh itu tidak hairan jika pada 8 Februari 2011, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun menyeru kerajaan persekutuan agar menyegerakan pembinaan Projek Perumahan Rumah (PPR) Selagon, yang terletak 7.5 kilometer dari Beaufort dan terbengkalai sejak tahun 2007.



SISA......Walaupun papantanda projek sudah reput, namun rakyat Beaufort tidak pernah melupakan projek penting ini, terutama di ambang PRU-13.



Beliau berkata, projek PPR Selagon sebanyak 300 unit itu adalah untuk rakyat yang terdedah dengan ancaman tanah runtuh tebing sungai dan setinggan di daerah Beaufort.

Katanya, pembinaan PPR yang terbengkalai itu dianggarkan bernilai RM27 juta dan diusahakan untuk menempatkan rakyat yang memerlukan rumah dan ia adalah penyelesaian bersifat kekal.

“Oleh itu kita menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar menyegerakan pembinaan rumah PPR supaya permasalahan setinggan dan perpindahan penduduk kampung Selagon yang terdedah dengan tanah runtuh tebing sungai dapat diatasi dengan segera,” katanya.

Projek yang mula dilaksanakan pada akhir tahun 2007 itu sepatutnya siap mengikut jadual awal pada 13 Disember 2009, namun menghadapi masalah teknikal dan terus tergendala sehingga kini.

Kendalanya projek ini membuktikan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjayakan Wawasan Sifar Setinggan menjelang tahun 2012 telah gagal secara total dan puncanya kerana Lajim tidak amanah serta khianat kepada warga Beaufort yang terpaksa menjadi seperti burung layang-layang yang hanya menjadikan wayar telefon sebagai kediaman rasmi untuk tempoh yang lebih lama lagi!

26 comments:

  1. Lajim boleh dicopkan sebagai "Ayam Tua Reject" yang ingin mendapat perhatian dalam gelanggang bahawa dialah "Ayam Sabung" yang masih kuat untuk bersabung di gelanggang politik.

    ReplyDelete
  2. Dalam usaha untuk mengiktiraf bahawa dia adalah "Ayam Sabung" yang masih kuat dan masih diminati oleh rakyat kononnya....pelbagai usaha telah dibuatnya. Ini termasuklah dengan mengapi-apikan rakyat supaya menyokong perjuangannya, menuduh kerajaan menzaliminya, membanggakan diri bahawa dia telah membawa pembangunan pesat di Beaufort, mengisytiharkan dirinya sebagai pembela masyarakat bisaya dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Merujuk kepada title "Ayam Tua Reject" yang dimiliki oleh Lajim itu, dia merasakan bahawa dia layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.....tetapi sebenarnya Lajim telah masuk perangkap musang Anwar Ibrahim. Macam-macam usaha telah dilakukan oleh Lajim demi mencapai cita-citanya itu untuk menjadi Ketua Menteri Sabah termasuk melawan Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  4. Perundingan sulit beliau bersama Anwar selama ini telah memperbodohkan rakyat yang masih menyokongnya. Kesempatan itu telah menyebabkan Lajim mempergunakan pengundi-pengundi di Parlimen Beaufort untuk menyokong perjuangannya.

    ReplyDelete
  5. Lajim mengatakan kepada pengundi di Parlimen Beaufort bahawa dia berbuat begitu atas "arahan" kerajaan TETAPI sebenarnya ia hanyalah sandiwara politik Lajim bersama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  6. Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyedari bahawa kalau sudah di"reject" umpama "Ayam Tua Reject", sepatutnya dia harus sedar bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Kenapa dia di "reject"??? Sebab Lajim telah dikesan mempunyai unsur-unsur kesepakatan dengan Anwar Ibrahim untuk menawan dan menghancurkan Sabah dengan agenda politik peribadi.

    ReplyDelete
  8. Dalam masa yang sama juga, sebagai seorang veteran dalam politik, sepatutnya Lajim harus memberi laluan dengan pelapis baru dalam politik. Tetapi malangnya masih juga mahu bersabung dan ingin menunjukkan kekuasaannya.

    ReplyDelete
  9. Duit yang dimiliki oleh Lajim sudah banyak sampai berjuta-juta, tetapi malangnya dia pulak bertindak untuk melawan tauke dengan menggunakan duit tersebut dan menjadikan rakyat Sabah diperbodohkan.

    ReplyDelete
  10. Lajim menganggap bahawa seluruh rakyat Sabah menyokong perjuangannya, maka dengan itu lah juga dia menubuhkan "Parti Baru" iaitu Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

    ReplyDelete
  11. Sebagai ‘Raja Katak’ sejak 1994, Lajim diketahui sebagai seorang
    pemimpin yang tamak dan dalam masa yang sama ‘penakut’ untuk bertindak sendirian sekalipun diangkat sebagai ‘Janang Gayuh’ oleh Masyarakat Bisaya di Beaufort.

    ReplyDelete
  12. Walau bagaimanapun, title "Ayam" yang dibawa Lajim kali ini berbeza sedikit daripada ayam sebenar. Lajim boleh dicopkan sebagai "Ayam Tua
    Reject" yang ingin mendapat perhatian dalam gelanggang bahawa dialah "Ayam Sabung" yang masih kuat untuk bersabung di gelanggang politik.

    ReplyDelete
  13. Dalam usaha untuk mengiktiraf bahawa dia adalah "Ayam Sabung" yang masih kuat dan masih diminati oleh rakyat kononnya....pelbagai usaha telah dibuatnya.

    ReplyDelete
  14. ni termasuklah dengan mengapi-apikan rakyat supaya menyokong perjuangannya, menuduh kerajaan menzaliminya, membanggakan diri bahawa dia telah membawa pembangunan pesat di Beaufort, mengisytiharkan dirinya sebagai pembela masyarakat bisaya dan sebagainya.

    ReplyDelete
  15. Merujuk kepada title "Ayam Tua Reject" yang dimiliki oleh Lajim itu, dia merasakan bahawa dia layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  16. tetapi sebenarnya Lajim telah masuk perangkap musang Anwar Ibrahim. Macam-macam usaha telah dilakukan oleh Lajim demi mencapai cita-citanya itu untuk menjadi Ketua Menteri Sabah termasuk melawan Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  17. Perundingan sulit beliau bersama Anwar selama ini telah memperbodohkan rakyat yang masih menyokongnya.

    ReplyDelete
  18. Kesempatan itu telah menyebabkan Lajim mempergunakan pengundi-pengundi di Parlimen Beaufort untuk menyokong perjuangannya. Lajim mengatakan kepada pengundi di Parlimen Beaufort bahawa dia berbuat begitu atas "arahan" kerajaan TETAPI sebenarnya ia hanyalah sandiwara politik Lajim bersama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  19. Lajim tidak menyedari bahawa kalau sudah di"reject" umpama "Ayam Tua Reject", sepatutnya dia harus sedar bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi

    ReplyDelete
  20. sebagai seorang veteran dalam politik, sepatutnya Lajim harus memberi laluan dengan pelapis baru dalam politik. Tetapi malangnya masih juga mahu bersabung dan ingin menunjukkan kekuasaannya.

    ReplyDelete
  21. Lajim menganggap bahawa seluruh rakyat Sabah menyokong perjuangannya, maka dengan itu lah juga dia menubuhkan "Parti Baru" iaitu Pakatan Perubahan Sabah (PPS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPS tu sebenarnya merujuk kepada "Parasit Perosak Sabah" (PPS).

      Delete
  22. Jangan ingat seluruh Sabah menyokong perjuangan mu. Pengundi di Parlimen Beaufort pun tidak tahu lagi sama ada semua menyokongmu ataupun tidak.

    ReplyDelete
  23. Jangan lah masyarakat bisaya Beaufort taksub dengan perjuangan Lajim itu kerana ia akan memudaratkan kawasan Beaufort.

    ReplyDelete
  24. Barisan Nasional (BN) has resolved to defend the Beaufort parliamentary seat in the 13th General Election, following the resignation of its Member of Parliament from all Umno posts, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He said the seat, which was won by Datuk Seri Lajim Ukin on a BN ticket in 2008, should remain with the ruling party for the Government was committed in developing the constituency.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.