`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 18, 2012

Orang Melayu dah pun bersatu, tapi lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO...

Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air?

Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.

Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini. 



Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah.

Setelah 55 tahun kita merdeka, bangsa Melayu masih ketinggalan dalam ekonomi. 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan kurang dari RM1500sebulan. Sedangkan untuk melayakkan diri mendapat BR1M, pendapatan mesti tidak melebihi RM3000. Jika RM3 ribu adalah tahap kesusahan ekonomi, maka RM1500 itu apa? Pengemis seperti Dr Mahathir kata?

Kenapa kita mesti sambungkan khidmat UMNO yang telah menyebabkan orang Melayu sedemikian walaupun sudah 55 tahun memimpin negara? Sepatutrnya, UMNO mesti dihukum dan hukuman yang terbaik ialah menumbangkan UMNO dari memegang kuasa kerajaan.

Sebab walaupun pegang kuasa kerajaan, UMNO gagal membela orang Melayu. Setiap aras jentera kerajaan, dari peon pejabat sehingga raja2- semua nya Melayu. Jika semua aras kuasa dan jentera kerajaan orang Melayu yang pegang, mengapakah kedudukan orang Melayu masih ketinggalan? Jawapan nya ialah semua yang berkuasa itu lebih mementingkan diri mereka dari membela orang Melayu? UMNO tak tolong, bahkan menjahanamkan bangsa Melayu.

Ketika merdeka, luas tanah reseb Melayu ialah 3 juta hektar. Sehingga tahun2 1990an, UMNO jual tanah reseb Melayu hingga tingal 1.7 juta hektar. Besar kemungkinan hari ini tinggal 1 juta hektar sahaja. Siapa yang membeloti orang Melayu? Siapa yang pengkhianat? 



Daripada RM54 billion atau RM54 ribu juta saham yang di peruntukkan untuk orang Melayu, habis RM 52 billion dijual untuk mendapat untung segera. Siapakah yang menjual itu semua? Tidak lain dan tidak bukan Melayu yang bergelar Tan Sri dan Dato Sri yakni mereka yang pegang kuasa. Mereka ini semua membeloti agenda mengangkat penguasaan Melayu , tapi orang Melayu masih tidak sedar bahawa UMNO telah belot kepada orang Melayu.

Sebab itu, 3.7 juta Melayu dari 5.7 juta telah tidak mengundi calun2 UMNO. Sesiapa lah penyokong UMNO yang memikirkan bahawa 3.7 juta orang Melayu tersebut menolak UMNO semata mata kerana protes, wajib pergi jumpa doctor untuk memerikasa kesihatan otak mereka.

Orang Melayu sudah pun bersatu. Hanyanya, lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO. UMNO kena faham perkara ini- orang Melayu memang suka bersatu tapi mereka enggan bersatu dengan parti yang zalim dan merosakkan orang Melayu.

Untuk menyedapkan hati, penyokong UMNO menyatakan ramai menolak UMNO kerana protes. Mengapa mereka mesti menolak UMNO hanya kerana protes? Berapa % dari pengundi yang menolak UMNO melakukan demikian kerana protes?

Kita tidak tahu. Tapi biasa nya, yang memprotes sikit jumlah nya. Mereka protes kerana tidak dapat habuan politik. Pengundi jenis ini memang mudah diterbalikkan. Mereka akan pulang kepangkuan UMNO. Kontraktr klas F yang gagal dapat kontrak, tapi kali ini dapat akan kembali kepada umno.

Hayunan undi( vote swing) kepada parti PR dalam tahun 2008 ialah secara purata nya, 12.2%.  berapa agaknya, peratusan undi protest dalam hayunan undi tersebut?

Kita mesti faham karakter undi. Undi yang berhijrah kerana dibayar atau disogok, mungkin akan kembali kepangkuan UMNO dan BN. yang menukar selera kerana keyakinan, keinsafan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan bersifat lebih kukuh dan tidak mudah kembali. Sekarang, cuba kita hitung berapa % dari hayunan undi 12.2% itu kembali kepangkuan UMNO?

Andaikan 5%. Masih ada 7% hayunan undi kepada PR. Pada kadar hayunan undi 5%, UMNO hanya menang 98-106 kerusi. Kalau hayunan undi sebanyak 10%, BN hanya tinggal 68 kerusi.

Maka jika masih tinggal 7%, BN dan UMNO hanya akan menang antara 68-106 kerusi. Kalau kita ambil unjuran purata, maka UMNO/BN hanya menang 87 kerusi. 




Maka kita biarkan pemimpin UMNO menyedapkan hati berfikiran bahawa orang Melayu akan kembali kepada UMNO dan biarlah mereka bermimpi mereka akan dapat 2/3 kerusi parlimen.

Jadi jangan kita syok sendiri menyakinkan diri kita, undi orang Melayu kembali kepada UMNO. Paling kuat kali ini, UMNO/BN hanya dapat 90 kerusi.

Dengan 90 kerusi Najib atau MUhyidin menjadi ketua pembangkang yang baru. Najib ketua pembangkang sehingga pemilihan UMNO dan selepas pemilihan UMNO, dia akan bersara.

Janganlah begitu yakin, undi orang melayu akan kembali kepada UMNO. UMNO nak mengaku sebagai jurubicara orang Melayu pun tidak ada asas. Hanya 40% orang melayu menyokong mereka.

Maka tolong faham signifikens perkara ini. orang Melayu bersatu, tapi mereka bersatu tanpa UMNO.- Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol AK47 blogspot


 Himpunan Kebangkitan Rakyat Perlis...

Ribuan rakyat Perlis hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perlis. Antara kepimpinan  yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS Abang Mat Sabu dan Saifuddin Nasution dari PKR




Photo: http://bit.ly/V2XDun
LIVE!! NOW!! SEKARANG!! Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perlis. Tayangan Perdana malam ini. Kepimpinan yang bakal berceramah, Mat Sabu dan Saifuddin Nasution. Tonton di http://bit.ly/V2XDun
p/s: Maaf jika kurang memuaskan streaming kerana jauh sangat dan modal tak sebesar TV3 boleh rakam dari heli.. heh





Photo: http://bit.ly/V2XDun
LIVE!! NOW!! SEKARANG!! Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perlis. Tayangan Perdana malam ini. Kepimpinan yang bakal berceramah, Mat Sabu dan Saifuddin Nasution. Tonton di http://bit.ly/V2XDun
p/s: Maaf jika kurang memuaskan streaming kerana jauh sangat dan modal tak sebesar TV3 boleh rakam dari heli.. heh

PR's three-state weekend tour drew tens of thousands...

Pakatan Rakyat’s nationwide roadshow series called 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' continued to attract large crowds, where tens of thousands attended its weekend stops in Terengganu, Penang and Perak.

In Dungun, Terengganu, more than 50,000 people attended the programme on Friday, before the 'PAS Ganti UMNO' programme the next day featuring Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat and president Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

The event also saw corporate figure Mokhtar Abd Hamid announcing his membership in PAS.

“Once upon a time, UMNO was struggling for people and religion, but now it is like a train out of its tracks. It has lost its way,” said Mokhtar, urging Malaysians to united to stop UMNO's menace.

In his speech, Nik Aziz, quashed at rumours being disseminated about his health.

“My secretary told me that people in UMNO were saying I was sick. I told myself that in that case, I must attend," he told the crowd.

On Saturday, about 15,000 braved heavy rain to gather in Nibong Tebal for HKR's Penang stopover (pic above), where top PR leaders who spoke included PAS deputy president Mohamad Sabu, DAP secretary general Lim Guan Eng and PKR de facto leader Anwar Ibrahim.

The rally then moved Parit in Perak, drawing some 20,000 people to hear speeches by Hadi, Anwar and DAP central committee member Tan Seng Giaw. 


Last weekend, the HKR event in Pahang attracted 30,000 people, who witnessed the launching of the coalition's '6+3' manifesto catered specially for the state.-harakahdaily


PKR decries police's foot-dragging over bus attack...

PKR today expressed disappointment over what they believe is lack of action by police last Sunday when the party's campaign tour bus window was smashed en route to Tapah, Perak.

NONEAccording to works secretary Raden Shamsulkamar Raden Samsudin, party staff had waited at the scene of the incident for about an hour and yet no police personnel showed up.

"We had called the OCPD to inform him and he said they will take action, but no one turned up. We ended up not lodging a police report seeing the outcome (of police reports) of the other incidents (of attacks on the vehicle)," he told reporters.

According to PKR secretary-general Saifuddin Nasution, a side window of the bus was smashed by "a rock or using a sligshot" at about 6.30pm on Dec 16, 2012 between the 333rd and 327th kilometre of the North-South Highway.

Raden said that no party leaders were on board the bus, which were ferrying party crew from Kuala Lumpur to a Deepavali event in Tapah, where they would be joined by party de facto leader Anwar Ibrahim, who was travelling from Penang.

“We did not see where the (projectile) came from, but the driver claims that the bus had passed a motorcycle convoy consisting of youngsters wearing blue BN shirts," he told Malaysiakini.

No one charged


He said that no one has been charged for any of the prior three attacks on the campaign bus - in KelantanJohor and Malacca - and that police claim the investigation papers have been sent to the Attorney-General's Chambers.


NONE"There was an identification parade conducted for theMalacca attack and all four perpetrators were positively identified, but they have not been charged," he said of the incident which involved the bus being splashed with paint.

He added that police have also concluded their investigation on Anwar's bodyguard who allegedly pointed his gun at the perpetrators, and told the party they will not proceed with investigations further.


Meanwhile, party information chief Muhammad Nur Manuty said that the violence is a poor reflection of the country's democracy.

"This is an early sign of what (Prime Minister) Najib (Abdul Razak) said (during the 2011 Umno general assembly), that let bones be crushed, as long as Putrajaya is defended," he said.-malaysiakini

cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.