`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 9, 2012

PENDUDUK GOMBAK BENCI umno






Pemuda UMNO Gombak ..jauh dari kampung kami


Sekumpulan penduduk tampil dalam satu sidang media hari ini bagi memberikan cerita sebenar kejadian yang berlaku semasa kekecohan pada malam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 4 Disember di Gombak, Selangor.

Wakil kumpulan tersebut Said Zakaria, 57, yang juga merupakan ketua Kampung Gombak Utara, mendakwa insiden tersebut didalangi Umno dan menyalahkan parti tersebut kerana menyebabkan nama kampung tercemar.

“Apa yang saya lihat malam kejadian, separuh dari sekumpulan 200 orang Pemuda Umno membuat bising, membaling batu dan menyerang petugas serta penjaja pada malam insiden tersebut,” kata Said dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.

Menurut Said lagi, rata-rata yang membuat kecoh pada malam itu bukan penduduk kampung sebaliknya orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Malahan, mereka (pemuda Umno) yang hadir malam itu adalah orang luar yang dibawa oleh ketua pemuda Gombak (Megat) dengan tujuan menghalang ceramah ceramah daripada pimpinan Pakatan.

“Justeru kami menolak dakwaan bahawa kekacauan itu dibuat oleh orang kampung kerana menolak kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain,” tambah beliau.

Selain Said, dua lagi penduduk kampung Kamaruddin Mohamad, 70, dan Musa Zakaria, 61, juga senada dengan ketua kampung mereka itu dan menuduh Umno yang memulakan provokasi.

“Sudahlah bawa orang luar, lepas itu buat kacau hinggakan ada yang cedera dipukul dan ditikam,” kata Kamaruddin yang mengecam tindakan pemuda Umno pada malam itu.
 
TANDA AKHIR RIWAYAT UMANO SEBAB BELUM PERNAH ORANG MELIUAT SAMPAI BUAT SIDANG AKHBAR...DAN KALAU SELALU BUAT MCM NI...ORANG LAGI MELUAT.TAHNIAH UMno

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.