`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 27, 2012

Poster di BAKAR… UMNO makin tertekan


Walaupun Pakatan Rakyat berdepan dengan pelbagai provokasi dari pihak lawan namun Pakatan Rakyat istiqamah dalam meneruskan siri penerangan kepada rakyat melalui lunas- lunas demokrasi.
Siri penerangan yang diadakan khususnya di DUN Chenderoh telah memberikan kesan terhadap minda masyarakat dalam memahami isu- isu semasa.
Kawasan- kawasan yang dahulunya merupakan kubu kuat UMNO, kini semuanya sudah berjaya ditembusi malah sikap orang- orang UMNO terhadap Pas khususnya sebahagian besarnya sudah mula berubah. Antara faktornya ialah apabila masyarakat sudah mula terdedah kepada banyak sumber maklumat termasuklah ceramah- ceramah penerangan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat.
Situasi ini mencemaskan pemimpin- pemimpin UMNO terutama apabila terpaksa menjawab dan memberi penjelasan kepada Ketua UMNO Bahagian.
Tindakan- tindakan tidak bermaruah dan kebudak- budakan mula dilakukan. Terkini apabila terdapat poster ceramah di sekitar Kg. Chegar Galah telah dikoyakkan serta dibakar oleh pihak yang mula kepanasan. Namun Pas mengambil jalan damai tanpa menghiraukan tingkah laku tidak bermaruah pihak berkenaan.
Kerana rakyat sudah sedia maklum… SIAPA SYAITAN YANG DIKENALI !!!

- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.