`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 12, 2012

Ratapan Orang UMNO berbeza beza





Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya.

Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.

Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55 tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan?

Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang sedikit masa dahulu cakap berdegar degar mengenai 1Malaysia?  tidak ada yang terpinggir dan tidak yang ditinggal? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang cakap besar mengenai model ekonomi baru? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang bercakap besar mengenai ETP, GTP, NKRA nya dan lain2 singkatan kata2? Semua nya sudah dihumban keluar.

Kehdupan orang Melayu seperti mana yang mereka kecapi selama ini akan berakhir.  

Kehidupan yang ahli UMNO lalui dan harungi amat berbeza. Kepada majoroti orang Melayu, kehidupan salaam 55 tahun dibawah penjagaan dan perlindungan UMNO menyebabkan 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM 1500 sebulan. 240,000 dari 260,000 bekas tentera hidup tanpa pencen dan terpaksa mencari rezeki sebagai buruh, jaga dan security guards. Ertinya, rakyat biasa, ahli UMNO biasa hidup sebagai rakyat yang terpinggir. Nikmat yang mereka rasai tidak lebih daripada hasilan minima tanggung jawab mana2 kerajaan dalam dunia.

Kehidupan antara Melayu istimewa dan Melayu terpilih berbeza bagai bumi dengan langit daripafa kehudpan yang dilalui oleh rakyat biasa. Rakyat hidup biasa, yang istimewa hiudp istimewa. Pemimpin UMNO hidup sebagai tuan, ahli UMNO dan orang Melayu seperti hamba. Pemimpin UMNO hidup sebagai warden, rakyat seperti mereka yang diawasi.

Kita tidur atas tilam yang sama, tapi bermimpi yang lain2.

Jadi, orang UMNO menangis kerana sebab yang berbeza. Pemimpin, golongan istimewa dan elit menangis kerana kehidupan menyalahguna keududkan, kehdupan hisap darah dan ambil untung dan riba, akan berakhir. Kehidupan golongan istimewa dan aristocrat politik UMNO yang membudak budakkan dan membodohkan orang Melayu akan berakhir.

Kehdupan golongan elit yang dibangunkan diaats pembohongan bahawa orang Melayu terancam yang telah membolehkan golongan yang bercakap menegnai ancaman tesrebut, akan berakhir. Itu yang golongan elit dan yang Dato Najib tangiskan dan pekikkan.

Rakayt biasa hanya manangisi kepada metos kehidupan yang telah direka oleh golongan elit UMNO. Yakni suatu hidup yang senentiasa terancam yang menyebabkan rakyat merasa perlu bernaung dengan UMNO. Setelah 55 tahuh berkuasa, UMNO masih gagal menyngkirkan ancaman tersebut? Apa yang telah mereka lakukan?

Maka rakyat dan orang Melayu secara umumnya, meratapi pemusnahan metos mengenai kelemahan dan kadaifan mereka. Mujurlah mereka meratapi berkahirnya suatu cerita dongeng dan rekaan. Golongan elit, golongan bangsawan politik- mereka menangisi berakhirnya reality hidup yang selama ini mereka palsukan.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.