`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 11, 2012

Tahukah anda.. warga asing Burma di angkut...


Tahukah anda.. warga asing Burma di angkut dengan upah RM2000 seorang ke Langkaewi,kemudia di beri rumah dan tanah serta KAD PENGENALAN [IC] untuk mengundi ?

K

ampung transit mereka adalah Bukit malut dan Taman Nilam. mereka di beri kemudahan seperti tanah2 dan rumah percuma oleh kerajaan umno semata2 untuk menang PRU.

Tak percaya? kata ini tipu? pergilah melawat sendiri dan LIHAT dengan mata kepala anda!!kalau malas baca jer laporan 6 siri di bawah:





Penduduk Langkawi mula bersuara

Pulau Langkawi merupakan pulau pelancongan bebas cukai yang begitu popular sehingga peringkat antarabangsa. Melalui era pemerintahan Tun Dr. Mahadhir Mohammad, beliau begitu komited dalam pembangunan di langkawi yang di uruskan dibawah LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi). Dengan pembangunan ini secara tidak langsung telah membuka mata kepada pelabur-pelabur sama ada dari luar dan dalam negara melabur di Langkawi di dalam sektor pelancongan. Dari sudut politik, Tun Dr. Mahadhir Mohamad melihat Langkawi memerlukan sokongan dari rakyat dalam meneruskan agenda politik, Parlimen Langkawi dahulunya sebahagian Parlimen Jerlun telah berpecah menjadikan di langkawi Perlimen Langkawi yang mempunyai 2 DUN iaitu DUN Kuah dan Dun Air Hangat. Dengan ada DUN ini orang-orang Langkawi bebas memilih wakil-wakil yang di iktiraf oleh rakyat membawa isu-isu mereka sehingga ke Dewan Rakyat. Oleh itu, bagi mengukuhkan kuasa politik di Langkawi, Pada zaman Tun Dr. Mahadhir Mohammad telah mengambil jalan penduduk-penduduk bukan warga Malaysia menjadikan rakyat Malaysia agar kuasa politik dapat dipertahankan.



  •    Isu penduduk warga Burma menjadi rakyat Malaysia sering ditimbulkan oleh kalangan rakyat warga Langkawi, akan tetapi isu-isu penduduk warga Burma ini akan di bisu dan di pekak oleh wakil-wakil yang telah diberi kuasa, justru itu, terdapat pelbagai isu-isu yang telah di timbulkan oleh rakyat Malaysia Langkawi terhadap isu pendatang Burma ini. Antara isu-isu yang telah ditimbulkan yang tidak mendapat perhatian adalah 

Pemberian Rumah dan Tanah   




Di manakah taman Nilam? dalam Googles MAP kalau cari tak jumpa beb! sebab unmarked!kenapa dan apa helah ntah!
Taman Nilam Langkawi

  •    Mengikut sejarah yang telah diceritakan oleh orang tua-tua langkawi. Kebanyakan orang Burma ini telah hidup berselerak di perkampungan setingan Bukit Malut, akan tetapi perkampungan mereka ini telah berlaku kebakaran yang amat besar telah menyebabkan perkampungan Burma di Bukit Malut ini ini hangus. Atas simpati Kerajaan BN Negeri Kedah pada masa itu telah memberi insiantif kepada masyarakat Burma iaitu rumah kos rendah di Taman Nilam di Kawasan Adun Kuah dengan perjanjian yang telah dibuat iaitu memberi kuasa politik kepada orang tertentu agar pentadbiran dapat di kekalkan. Selain itu juga, di Bukit Malut juga wujud kawasan-kawasan penempatan Burma yang mempunyai penduduk Burma 100% 

Permasalahan Nelayan Tempatan





  •    Mujud persaingan  nelayan-nelayan di Langkawi ini kerana hasil tangkapan nelayan tempatan hari ke hari semakin merosot di sebabkan monopoli tangkapan dari warga Burma ini,Pemimpin umno Langkawi lebih mengutamakan  tangkapan nelayan Burma disebabkan nelayan-nelayan Burma yang akan menaikkan kuasa pemimpin calon umno ini. Secara tidak langsung, tangkapan ikan di lautan oleh penduduk tempatan juga turut terjejas menyebabkan pendudukan tempatan mencari alternatif perkerjaan lain seperti pengawal keselamatan, perkerja pelancongan, teksi dan sebagainya. 

Isu Kad Pengenalan 


  •   Isu kad pengenalan bagi warga Burma turut dipertikaikan oleh penduduk langkawi, akan tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib untuk menjaga kebajikan politik negara. Secara tidak langsung dengan kebanjiran penduduk Burma di Langkawi telah menghalalkan keistimewaan terhadap golongan penduduk Burma ini. Walaupun warna kulit penduduk Burma ini hampir sama dengan warga tempatan, penduduk ini dapat di dapat dikenali dengan pertuturan bahasa melayu yang kurang fasih dan mempunyai dielek Burma, akan tetapi penguasaan bahasa melayu mereka dari sehari ke sehari hampir menyemai orang melayu di sebabkan percampuran dengan orang tempatan dengan kehidupan seharian.


 Pemberian Pinjaman TEKUN 


  • Melaui sumber yang sahih, Pinjaman TEKUN juga diberi kepada golongan-golongan penduduk Burma ini, atas alasan mereka telah diberi kerakyatan yang sah oleh pihak berkuasa. Secara tidak langsung dengan pemberian dan keistemewaan ini sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa kerajaan bukan sahaja memberi kerakyatan malahan bantuan-bantuan kewangan kepada warga Burma ini turut diberi tanpa belah bahagi oleh kerajaan persekutuan. 

  Permasalah budaya dan Kebersihan




  • Jika di lihat di taman nilam, boleh didapati keadaan perkampungan Burma ini sangat kotor tak terurus,mungkinkah budaya mereka yang pengotor ? isu-isu ini juga telah di laporkan kepada pihak atasan tetapi tiada tindakan yang diambil malahan sifat ini juga dapat di lihat sendiri orang Burma juga tidak begitu menjaga kebersihan diri, jika anda berada di taman-taman permainan, dan  dapati orang Burma membawa anak-anak mereka, golongan ibu warga Burma ini juga turut santai bersama di taman-taman permainan, hasil makanan mereka tersebut tidak dibuang ke tong sampah sebaliknya sampah-sampah tersebut tinggal begitu sahaja di bawah pokok-pokok taman permainan tersebut. 

Kesimpulannya, walaupun warga Burma ini telah diberi kerakyatan sepenuhnya dari Kerajaan Persekutuan, akan tetapi warga ini juga telah diberi ke istemewaan oleh kerajaan melebihi warga tempatan, dengan wujudnya warga Burma ini sedikit sebanyak telah menguntungkan sebelah pihak sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial di langkawi, tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa yang mengunci kegiatan ini malah menyokong tindakan pihak Burma ini sedikit sebanyak rakyat Langkawi sudah bosan mengutarakan permasalah ini akan tetapi tiada tindakan yang di ambil.

Baca pendedahan seterusnya di 

episod ke 2 di edisi aduan rakyat [sini ]

episod ke 3 di edisi bukti [SINI]

Bersambung ke episod 4 di [SINI]

16 comments:

  1. Askm saudara kamal yg budiman..,saya adalah salah seorang dri penduduk di taman nilam langkawi ....,bg saya sblm saudara menulis lebih baik saudara mengkaji dahulu. ..,ayat2 yg saudara tulis lintang pukang ape saudara dah lupa ke sejarah Melayu cempa. .,cuba saudara fikir.,kenapa bahasa yg di guna penduduk bkt mlut sama dgn masyarakat kedah...,jangan menulis benda yg x betul..,kenali dlu sblm menulis...wassalam

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2008/04/bahasa-melayu-kedah-di-selatan-myanmar.html

    ReplyDelete
  4. http://sepanjangjalankehidupan.blogspot.com/2014/06/kembaraa-serumpun.html

    ReplyDelete
  5. http://www.ibnuhasyim.com/2009/06/orang-melayu-myanmar.html

    ReplyDelete
  6. http://gigitankerengga.blogspot.com/2009/07/orang-melayu-myanmar.html

    ReplyDelete
  7. maaf saya tak pandai nak letak link di comment blog jadi cuma copy kan alamat tu jela,.saya pon selalu dengar pasal bukit malut dengan taman nilam nie pasal pendatang asing,tapi bila saya pergi ke tempat tu saya tengok penduduk tak nampak pon macam orang myanmar dan cara mereka cakap pon loghat kedah lama,.jadi tak berani lah nak tuduh mereka bangsa myanmar,.pastu saya research pasal hal nie cari maklumat nak pasti mereka nie bangsa melayu ke myanmar,.
    dapat la sikit info dari blog saudara kita yang pernah kesana,.
    kalau tuan punya blog baca semua info dari blog2 tu,boleh la nak tentukan burma atau melayu,.
    maaf saya cuma nak kongsi kan je,.

    ReplyDelete
  8. Sebelum nak buat apa2 keterangan kaji dgn lbih terperinci dulu.. Sebar bnda yg xpsti tu dikira fitnah la.. Xda kerja nak buat dok tambah dosa jaa

    ReplyDelete
  9. Sebelum nak buat apa2 keterangan kaji dgn lbih terperinci dulu.. Sebar bnda yg xpsti tu dikira fitnah la.. Xda kerja nak buat dok tambah dosa jaa

    ReplyDelete
  10. Sebelum nak buat apa2 keterangan kaji dgn lbih terperinci dulu.. Sebar bnda yg xpsti tu dikira fitnah la.. Xda kerja nak buat dok tambah dosa jaa

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Sebelum nk tulis apa2 periksa dulu dengan lebih terperinci encik Kamal ya.. Takda kerja dok tambah dosa dok sebar fitnah

    ReplyDelete
  13. saya da pergi burma memang betul mereka keturunan melayu kita org kedah
    https://m.youtube.com/watch?v=SeegDF7hFhk

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya mereka bukan burma. Klau betul betul burma bukan agama islam dan jugak bukan melayu dan jugak ckp melayu pun tak sama dgn melayu.. mereka ada lah keturunan org negeri kedah malaya dan mereka telah sekian lama menjelajah ke negara Burma dan kini mereka kembali ke tanah air asal aitu negeri kedah malaysia dan jugak mereka tuntut balik hak mereka sbagai rakyat malaysia.. Keturunan melayu adalah keturunan empayar sbb ke negara mana shj melayu berani jelajah dan berani pulang ke tmpat asal..

    ReplyDelete
  15. Orang melayu Burma Ni dah berapa lama balik Langkawi? Klu Baru Ni dtg kenapa lama sgt? Tanya je

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.