`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 28, 2012

TANDAS 30 SEN TIDAK DISELENGGARA




SANDAKAN : Tahap kebersihan dan pembaikpulihan terhadap tandas awam di Bandar ini kurang mendapat perhatian dari mana-mana pihak. Tandas ini berkedudukan di Pasar Sim-Sim yang juga berada di kawasan DUN N.46 Tanjong. Papat.

AJK Pemuda SAPP Zon Sandakan Shahrizan bin Jainal telah menerima aduan daripada pengguna tandas berkenaan yang dilaporkan dan terus bergegas ke kawasan tersebut bagi memantau permasalahan yang timbul.
Shahrizan berkata, para pengguna yang menggunakan tandas ini berasa kesal kerana tandas ini tidak dititikberatkan dan tidak diselenggarakan dengan baik bukan saja dari segi kebersihan tapi juga tersumbat. Ini bukan sahaja menyulitkan para pengguna tetapi amat memalukan kepada negara kita dimana setiap kali pelancong asing yang datang ke pasar ini,mereka juga akan menggunakan tandas tersebut.

Apabila ditanya kepada penjaga tandas tersebut yang juga seorang wanita warga asing, ”Kenapa tandas ini tidak diselenggarakan? ” Jawab beliau, masalah ini pernah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), tetapi jawab mereka ini adalah dibawah jagaan Jabatan KerjaRaya Sandakan (JKR).
Tetapi apabila di tanya kepada Jabatan KerjaRaya, jawab mereka, “Ini dikawal oleh MPS bukan JKR”. Masalah ini telah berlarutan sudah sebulan lamanya, namun tiada juga tindakan yang di ambil untuk setakat ini.

Shahrizan mempersoalkan, di manakah tanggungjawab pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini? Adakah dengan Bayaran 30 sen yang dikenakan kepada pengguna hanya sekadar untuk membayar gaji penjaga tandas atau untuk kerja penyelenggaraan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.