`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 6, 2012

WOW! SAT1M Kebas RM19.9 JUTA!



Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Satim Diman memperoleh RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, kesemua urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan lebih 4,000 penduduk pada Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS, meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno dan BN tumbang pada pilihanraya umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

“Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

“Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno dan BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri,” kata Azmin lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Selangor sedang giat kumpul maklumat berhubung dakwaan ‘projek sapu tanah’ oleh kerajaan BN sebelum ini.

Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan pegawai-pegawai daerah bagi mendapatkan pandangan berhubung isu itu.

“Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut.

“Kemudian kita juga akan berbincang dengan Pegawai-pegawai Daerah untuk mendengar pandangan mereka berkenaan hal ini,” jelasnya, dipetik Media Selangorku.

Menteri Besar berkata, berikutan pendedahan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, tanah-tanah dengan keluasan satu hingga tujuh ekar itu dianggarkan bernilai lebih daripada RM20 juta, dan merupakan tanah yang bernilai tinggi kerana merupakan tanah untuk tujuan perniagaan komersial, rumah kedai, dan bangunan perniagaan.

Katanya, tanah-tanah tersebut diperolehi dengan harga bayaran premium sekaki nominal hanya RM1.

Jelas beliau, perkara itu berlaku antara 2000 hingga Mac 2008, yang ketika itu Selangor diketuai oleh Khir Toyo selaku Menteri Besar, sebelum negeri berkenaan tewas dalam pilihanraya umum 2008 kepada Pakatan Rakyat.

Nota:

SAT1M adalah singkatan daripada SApu Tanah 1Malaysia yang diguna pakai oleh Ng Suee Lim yang juga memberi maksud nama pangkal SAT1M Diman. 

- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.